Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

42) JALAN ALTERNATIF – KE KILANG KILANG SEKITAR PERUMAHAN DESA SUBANG PERMAI SEKSYEN U6 SHAH ALAM

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah "baseline schedule" terkini untuk pembinaan jalan tersebut?

    Jangkaan jadual kerja bagi penyediaan kemudahan jalan untuk kegunaan kilang yang terlibat diJalan Bukit Badak (bersebelahan perumahan Desa Subang Permai seksyen U6)

    SKOP KERJA & TEMPOH 

    1. Kerja pengukuran – (November 2019)
    2. Keluar notis pengosongan rezab jalan oleh PTD Petaling – (Feb – April 2020)
    3. Kerja memanggil tender & lantikan – (Feb- Mac 2020)
    4. Kerja mula ditapak (Mei – Ogos 2020)
    5. Kerja selesai & serah tapak – (September 2020)

     

  2. Pihak atau agensi manakah yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kerja-kerja pembinaan jalan dan parit akan dilaksanakan pada tahun 2020?

    Pihak Majlis bersama-sama Pejabat Tanah Daerah Petaling yang bertanggungjawab untuk memastikan kemudahan pembinaan kemudahan jalan dilaksanakan.

  3. Apakah mekanisma pemantauan yang telah digunakan untuk memastikan aktiviti-aktiviti projek berjalan lancar mengikut "baseline schedule"?

    Panel consultan yang telah dilantik oleh pihak Majlis akan memaklumkan perkembangan projek dari masa ke semasa sehingga projek siap dilaksanakan. Pihak Majlis juga mengadakan mesyuarat tapak secara berkala pada setiap bulan bagi memastikan projek berjalan dengan lancar. Selain itu, pihak Majlis telah membangunkan satu Sistem Pemantauan Projek (SPPRO) yang lebih efisien bagi memantau perkembangan projek tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.