Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
214) JALAN ALTERNATIF DARI HOSPITAL SUNGAI BULOH KE KAMPUNG SRI INDAH A, SUNGAI BULOH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status perkembangan terkini projek jalan ini yang sepatutnya disiapkan pada 9 September 2024?
Projek ini dijangka dapat disiapkan pada 6 Februari 2025 setelah mengambil kira lanjutan masa yang telah diluluskan.
-
Apakah isu yang dihadapi oleh kontraktor kerana masih belum disiapkan sehingga kini?
Terdapat isu pengalihan kabel TNB dimana berlakunya perbezaan melibatkan kelulusan peringkat rekabentuk dan semasa pembinaan oleh pihak TNB. Perbezaan ini telah diselesaikan dan pihak kontraktor telah diberikan lanjutan masa sehingga 6/2/2025 bagi menyiapkan baki kerja terlibat dan seterusnya memastikan projek dapat disiapkan mengikut tempoh kontrak
-
Apakah tindakan yang dilakukan untuk mengatasi masalah kelewatan yang berlarutan sehingga kini?
Preastasi semasa pihak kontraktor sehingga 15/10/2024 telah mengalami kelewatan sebanyak 1.02% bersamaan lewat 18 hari, pihak JKR Gombak telah mengarahkan pihak kontraktor untuk mengemukakan recovery plan kepada pihak JKR selewatnya pada 15/11/2024 bagi memastikan perancangan kerja dapat disusun semula mengikut tarikh siap semasa (6/2/2025).Selain itu,pihak kontraktor telah diminta untuk menambahkan bilangan pekerja dan mesin bagi mengurangkan hari kelewatan