Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
309) JALAN ALTERNATIF BAGI KELANCARAN TRAFIK DARIPADA HULU LANGAT KE KUALA LUMPUR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Memohon kajian bagi mendapatkan satu akses laluan baru keluar masuk dari Kuala Lumpur ke Hulu Langat memandangkan keadaan trafik yang tinggi ketika ini.
Sehingga kini tiada kajian khusus bagi mendapatkan satu akses laluan baru keluar masuk dari Kuala Lumpur ke Hulu Langat. Walaubagaimanapun, keadaan trafik di Hulu Langat dijangka bertambah baik dengan penyiapan EKVE dan juga pelaksanaan jalan pintasan dari Sungai Lalang ke LEKAS yang masih di dalam peringkat perancangan.