Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

180) JAJARAN WCE FR5

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah jajaran WCE dalam daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor siap sepenuhnya?

    Kemajuan keseluruhan projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (Taiping-Banting) (WCE) yang berakhir 25 September 2022 adalah 82.51%. Kesemua Seksyen Lebuhraya WCE dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2025 dimana penyiapan terakhir adalah melibatkan jajaran Seksyen 7 di Persimpangan Tanjong Karang, Selangor.

  2. Apakah status isu pengambilan tanah yang masih belum selesai untuk jajaran ini?

    Kesemua 178 lot tanah yang terlibat untuk pengambilan bagi pembinaan Seksyen 7B. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 160 lot telah menerima borang K, dan baki 6 lot lagi yang masih menunggu peruntukan daripada WCE dan 1 lot dalam proses pembayaran oleh BKPA setelah menerima peruntukan daripada WCE pada 29.9.2022. Manakala bagi baki 10 lot adalah melibatkan 4 lot TDK, 3 lot yang terlibat dengan penarikan semula, 1 lot adalah tanah kerajaan dan 2 lot terlibat dengan permohonan baru.

  3. Siapakah pihak yang bertanggungjawab menyelenggara keadaan jalan termasuk lampu jalan di FR5 daerah Sabak Bernam?

    Kerja-kerja menaiktaraf Jalan Persekutuan FR 5 telah dilaksanakan bermula pada 21 Mac 2016 dan siap dilaksanakan pada 26 Mac 2022. Dalam tempoh  penyiapan projek  tersebut serahan kepada JKR Daerah Sabak Bernam dibuat secara berperingkat mengikut seksyen untuk senggaraan kerja rutin iaitu selepas tanggungan tempoh kecacatan tamat.  Kerja rutin ini merangkumi kerja penampalan  ‘potholes’, pemotongan rumput, pembersihan parit dan longkang konkrit  dan lain-lain kerja.  Seksyen 543.0 hingga 548.0 telah diserahkan kepada JKR Daerah untuk senggaraan rutin. Kerja-kerja senggaraan telah dilaksanakan oleh pihak Roadcare Sdn Bhd iaitu pihak konsesi penyelenggaraan Jalan Persekutuan. Kadar pusingan kerja rutin:

     

    1. Pemotongan rumput dilaksanakan satu (1) pusingan setiap bulan. Kerja pembersihan parit dan longkang konkrit dua (2) pusingan dalam setahun ( April dan November 2022).
    2. Penyenggaraan berkala (Pavemen dan Bukan Pavemen) pula dilaksanakan setelah JKR menerima kelulusan pelaksanaan Arahan Kerja daripada Kementerian Kerja Raya (KKR).
    3. Penyiapan projek mengikut seksyen lain dibuat mengikut ‘Certificate Partial Occupation’ (CPO).

Lampiran

Tiada Lampiran.