Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

2) JAJARAN REL KLIA-SEPANG

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan pembinaan laluan rel dari KLIA ke Tanjung Sepat dan Sungai Pelek seperti manifesto Kita Selangor 2023?

    Pembinaan laluan rel dari KLIA ke Tanjung Sepat dan Sungai Pelek merupakan sebahagian daripada jajaran yang dicadangkan dalam Jajaran Rel Selangor. Untuk makluman, Kerajaan Negeri Selangor adalah dalam proses pelaksanaan Kajian Kebolehlaksanaan Jajaran Rel Selangor bagi memastikan cadangan jajaran adalah berdaya maju untuk dilaksanakan. Kajian tersebut adalah dalam fasa akhir pelaksanaan dan antara komponen kajian adalah termasuk:

    1. Kajian dan cabaran trafik sedia ada;
    2. Pembangunan model rel;
    3. Kajian impak persekitaran dan sosial;
    4. Kajian kejuruteraan infrastruktur;
    5. Konsep sistem dan pengoperasian rel;
    6. Analisa kewangan dan ekonomi; dan
    7. Model pembiayaan.

    Kerajaan Negeri sedang meneliti model pembiayaan yang paling bersesuaian memandangkan pembangunan, pengoperasian dan penyelenggaraan rel melibatkan kos yang tinggi. Hasil Kajian Kebolehlaksanaan Jajaran Rel Selangor kelak akan turut dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan untuk mendapatkan maklumbalas daripada pihak Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan tersebut memandangkan pembinaan jajaran keretapi adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan merujuk kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) di mana Subseksyen 83(2) menyatakan: mana-mana orang yang berhasrat untuk membina suatu kereta api hendaklah mengemukakan suatu permohonan bertulis kepada dan mendepositkan dengan Suruhanjaya suatu skim kereta api, yang hendaklah mengandungi maklumat seperti yang telah dinyatakan dalam akta. Subsekyen 83(5) juga menyatakan Suruhanjaya kemudian akan mengemukakan suatu syor bertulis kepada Menteri tentang permohonan tersebut, setelah mendapatkan maklumat terperinci berhubung permohonan.

Lampiran

Tiada Lampiran.