Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
26) JAJARAN REL KITA SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah Jajaran Rel Kita Selangor akan dimuktamadkan?
Berdasarkan Ucapan Belanjawan 2024 oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor sempena Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023 yang lepas, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk melaksanakan Kajian Kebolehlaksanaan Jajaran Rel Selangor terlebih dahulu bagi memastikan jajaran rel tersebut adalah berdaya huni untuk dibangunkan dan dapat menambahbaik aspek ketersambungan antara daerah dan memberikan impak positif kepada sosio-ekonomi kawasan sekitar jajaran rel yang akan dibina.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menggalakkan penggunaan rel untuk tujuan kargo?
Kerajaan Negeri Selangor mengambil maklum keperluan untuk menambahbaik sistem pengangkutan bagi tujuan kargo memandangkan ia dapat merancakkan lagi pembangunan ekonomi negeri melalui penyediaan infrastruktur yang lengkap. Oleh yang demikian, kajian Jajaran Rel Selangor yang akan dilaksanakan akan mengambilkira analisis bagi kedua-dua penggunaan penumpang dan kargo serta akan mempertimbangkan penyediaan jajaran rel untuk tujuan kargo sekiranya ia adalah berdaya huni dan sesuai untuk dilaksanakan.