Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
195) JABATAN YANG TIDAK PERLU MENJAWAB SEBARANG PERTANYAAN SEPANJANG 2015
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jika ada, apakah jabatan yang tidak ditujukan sebarang pertanyaan yang perlu dijawab.
Semua Jabatan/ Agensi/ Badan Berkanun Negeri/ Anak Syarikat Negeri yang berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Mengkaji setiap kali menjelang persidangan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Y.B. Speaker ini akan mengagihkan pertanyaan- pertanyaan kepada Jabatan/ Agensi berkaitan. Sebahagian Jabatan/ Agensi Persekutuan yang berurusan dengan Kerajaan Negeri akan dijemput manakala sebahagian besar Jabatan/ Agensi Persekutuan tidak dijemput memandangkan Pejabat Dewan Negeri tiada bidang kuasa supaya mereka mengemukakan jawapan/
Dalam konteks ini, hanya kategori Jabatan/ Agensi/ Badan Berkanun Negeri/ Anak Syarikat Negeri akan diambil kira sepanjang tahun 2015, selaras dengan bidang kuasa Kerajaan Negeri.
Jabatan/ Agensi yang tidak ditujukan sebarang pertanyaan adalah seperti berikut:
- Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS)
- Bahagian Audit Dalam, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
- Unit Majlis Tindakan Ekonomi Selangor
-
Mengapakah perkara tersebut berlaku kepada jabatan berkenaan?
Tiada pertanyaan yang ditujukan kepada Jabatan/ Agensi berkaitan oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) manakala Jabatan/ Agensi Persekutuan tidak tertakluk kepada arahan Dewan Negeri Selangor untuk mengemukakan jawapan atau maklumat
-
Adakah wujud kaitan antara prestasi jabatan dengan bilangan pertanyaan yang ditujukan kepadanya?
Belum pernah dibuat kajian/ soal selidik berkaitan hubungan prestasi Jabatan/ Agensi dengan bilangan pertanyaan yang ditujukan kepadanya oleh mana- mana pihak. Sehubungan itu, tiada fakta boleh dikaitkan dengan pernyataan tersebut.