Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
178) JABATAN YANG MENERIMA PERTANYAAN JAWAB MULUT PALING BANYAK BAGI 2015
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan tiga jabatan yang paling banyak menerima pertanyaan jawab mulut sepanjang 2015.
Tiga (3) buah jabatan yang paling banyak menerima pertanyaan mulut sepanjang 2015 adalah seperti berikut:
- Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi Negeri sebanyak 140
- Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi Negeri sebanyak 113 pertanyaan.
- Seksyen Makro dan Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri sebanyak 99
-
Apakah tiga permasalahan paling utama yang dikemukakan di atas?
Tiga (3) permasalahan utama adalah seperti berikut:
- Isu-isu kesihatan dan isu-isu kerajaan tempatan seperti jalan berlubang, MARRIS, kilang haram dan lesen berniaga di bawah tanggungjawab Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi
- Isu-isu kemiskinan, kebajikan dan pembangunan wanita di bawah tanggungjawab Seksyen Sektoral, Unit Perancang Ekonomi
- Isu-isu air seperti bekalan, pengurusan, penstrukturan syarikat dan sebagainya di bawah tanggungjawab Seksyen Makro dan Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi
-
Mengapakah tiga permasalahan tersebut menjadi tumpuan pertanyaan bagi 2015?
Pejabat Dewan Negeri tiada locus standi untuk menjawab pertanyaan