Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

134) JABATAN PERPARITAN DAN SALIRAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Banjir kilat kadangkala berpunca dari penyelenggaraan sungai tidak dijalankan dengan sempurna?

    Banjir boleh didefinisikan sebagai badan air, yang melimpah keluar dari tebing sungai, tasik atau sistem perparitan disebabkan oleh hujan lebat, pencairan ais, air pasang, dan halangan pada saluran (sungai).

     

    Manakala banjir kilat didefinisikan sebagai satu fenomena banjir yang berlaku dalam   tempoh   yang   singkat/beberapa   jam   sahaja.   Akibat   curahan   hujan  yang  lebat  dalam  jangka  masa  yang  singkat  terutamanya  di  kawasan yang tertutup dengan bitumen/aspalt seperti di kawasan bandar.

     

    Punca-punca Banjir

     

    • Punca-punca semula jadi: Hujan yang singkat dengan keamatan tinggi menyebabkan banjir

     

    • Aktiviti Manusia: Pembuangan sisa pepejal ke dalam sungai, enapan dari pembukaan tanah dan kawasan pembinaan, dan halangan di dalam sungai .

     

    Kesan-kesan Banjir

     

    • Secara Positif:

    Mengekalkan, memperkaya dan mengembalikan biodiversiti tertentu di dataran banjir, mengembalikan keadaan tanah yang kaya nutrisi di mana ia sesuai untuk pertanian dan tumbuhan semula jadi, membersihkan lumpur dan juga enapan dari kawasan banjir, serta mengisi semula air bumi

    • Secara Negatif:

    Mengancam nyawa, mengganggu kegiatan sosial dan ekonomi dan memusnahkan harta benda, menyebabkan kesulitan dan kos pemulihan boleh menjadi tinggi untuk kerajaan ataupun individu, dan menghalang pelaburan baru di kawasan mudah banjir.

     

    Maklumat Tambahan

    Untuk mengurangkan risiko akibat banjir Jabatan Pengairan Dan Saliran telah saban tahun memperuntukkan sejumlah besar peruntukan kewangan untuk penyelenggaraan sungai dan parit di bawah seliaan jabatan. Sebagai sebuah negeri yang maju dan pesat membangun, Negeri Selangor tidak dapat menolak kesan kerosakan terhadap sungai yang terhasil dari pembangunan di mana kadar mendapan/enapan lumpur yang memenuhi sungai terlalu tinggi dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk menyelenggaranya.

     

    Kerja-kerja mengorek dan mendalamkan sungai perlu sentiasa dilakukan, begitu juga kerja-kerja membersih tebing. Namun untuk menyelenggara secara berkala semua sungai dan parit untuk beberapa kali dalam setahun adalah mustahil kerana memerlukan jumlah perbelanjaan yang tinggi. Oleh itu jabatan telah mengambil pendekatan di mana penyelenggaran secara berkala dilakukan terhadap sungai-sungai yang melalui kawasan perbandaran yang menjadi perhatian para pelancong dan pembesar Negara. Manakala sungai dan parit yang agak terpencil dan jauh dari pandangan dilakukan penyelenggaraan setahun sekali bergantung kepada keperluan untuk mengurangkan risiko banjir.

     

    Namun begitu keutamaan juga diberi kepada kawasan-kawasan yang kerap berlakunya kejadian banjir berdasarkan kejadian-kejadian yang lalu  Sehubungan dengan itu, saban tahun semasa permohonan bajet jabatan telah memohon kepada kerajaan negeri supaya peruntukan untuk kerja-kerja mengurus dapat ditambah.

  2. Huraikan secara terperinci bagaimana pembersihan sungai dijalankan?

    Dalam menjalankan kerja-kerja pembersihan sungai, JPS telah menyediakan 15 unit perangkap sampah dari jenis Log-Boom yang dipasang dalam sungai di mana lokasinya telah dikenal pasti sebagai kritikal dan strategik untuk memerangkap sampah dalam sungai. Dari jumlah 15 unit Log-Boom ini, 5 unit di tempatkan di Daerah Sepang, 2 unit di Kuala Langat, 2 unit di Kuala Selangor, 4 unit di Petaling dan 2 unit di Daerah Klang. (Maklumat lengkap adalah seperti di Lampiran A)

    Selain peralatan jenis Log-Boom, JPS juga telah memasang peralatan jenis Automatic Trash Rake (ATR) di mana fungsi peralatan jenis ini adalah untuk memerangkap sampah yang memasuki kolam takungan atau sistem saliran dan dipasang di beberapa lokasi di Daerah Petaling seperti di bawah:

    • Kolam Takungan Taman Sri Muda – 2 unit
    • Sistem saliran Sri Serdang – 1 unit
    • Sistem saliran Sg. Air Kuning – 1 unit
    • Kolam Takungan TTDI Jaya – 1 unit

    Jumlah                          5 unit

    Selain itu, JPS juga telah menyiapkan 2 unit ATR, masing-masing di Bukit Belacan (Sg. Ampang) dan Taman Pandan Indah (Sg. Seputeh) yang melibatkan kos pembinaan RM 4.2 juta. Kedua-dua projek ini dilaksanakan di bawah Program River of Life (RoL) sebagai satu inisiatif untuk memulihara serta meningkatkan kualiti air sungai di Lembah Klang dari Kelas III – IV ketika ini kepada Kelas IIB menjelang 2020.

    Selain Log-Boom dan ATR, JPS juga telah memasang satu lagi jenis perangkap sampah yang dinamakan Gross Pollutant Trap (GPT). Perangkap sampah jenis GPT yang ditempatkan di 13 lokasi strategik di Daerah Gombak ini adalah juga merupakan satu lagi inisiatif di bawah Program RoL. (Maklumat lengkap lokasi GPT adalah seperti di Lampiran B).

  3. Senaraikan nama-nama kontraktor yang telah menjalankan kerja-kerja tersebut khususnya di Ampang?

    Senarai Kerja Tahunan Penyelenggaraan Mukim Ampang Tahun 2012-2013

    Bil. Tajuk Sebut harga No. Sebut harga Kos
    1. Kerja-kerja Penyelenggaraan Rizab Sungai Kerayong, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat. No.Sebut harga : JPS/N/HL/B 28000/01/2013(SH) RM 68,450.00
    2. Kerja-kerja Penyelenggaraan Dan Pembersihan Sungai Anak Kerayong, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat No.Sebut harga : JPS/N/HL/B 28000/02/2013(SH) RM 45,850.00
    3. Kerja-kerja Penyelenggaraan Dan Pembersihan Sungai Seputeh, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat No.Sebut harga : JPS/N/HL/B 28000/03/2013(SH) RM 54,850.00
    4. Kerja-kerja Penyelenggaraan Dan Pembersihan Sungai Ampang, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat No.Sebut harga : JPS/N/HL/B 28000/04/2013(SH) RM 58,050.00
    5. Kerja – Kerja Penyelenggaraan Rizab Anak Sungai Kerayong, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat. JPS/N/HL/B (28000/52100)/05/2012 RM 46,920.00
    6. Kerja – Kerja Penyelenggaraan Rizab Sungai Kerayong, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat. JPS/N/HL/B (28000/51200)/06/2012 RM 143,970.00
    7. Kerja – Kerja Penyelenggaraan Rizab Sungai Seputeh , Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat. JPS/N/HL/B (28000/51200)/07/2012 RM 90,493.00

     

    Senarai Lokasi Perangkap Sampah Jenis Log-Boom

    Bil. Lokasi Sungai
       

    Daerah Sepang (5)

     
    1. Kg. Abu Bakar Baginda Sg. Air Hitam
    2. Kg. Sg. Buah Sg. Semenyih
    3. Muka Sauk Syabas, Jenderam Hilir Sg. Langat
    4. Bukit. Tampoi Sg. Langat
    5. Kota Warisan Sg. Labu
      Daerah Kuala Langat (2)  
    6. Bukit Serdang Sg. Langat
    7. Layang Labi Sg. Langat
      Daerah Kuala Selangor (2)  
    8. Rantau Panjang Sg. Selangor
    9. Kg. Sg. Buloh Sg. Buloh
      Daerah Petaling (4)  
    10. Tmn. Saujana Indah Sg. Damansara
    11. Sg. Pencala Sg. Pencala
    12. Taman Sri Muda Sg. Klang
    13. Seksyen 24, Shah Alam Sg. Klang
      Daerah Klang (2)  
    14. Jln. Harper Sg. Klang
    15. Kg. Sg. Kandis Sg. Klang

     

    Senarai Lokasi Gross Pollutant Trap (GPT)

    A.Kawasan Gombak

    1. Simpang 3 Gombak (2 unit)
    2. Lorong Changkat Lembah
    3. Lorong Sg. Mulia 5
    4. Taman Bolton
    5. Sri Gombak
    6. Teknik Gombak

    B.Kawasan Ampang

    1. Bandar Baru Ampang (2 unit)
    2. Ampang Waterfront
    3. Melayu Ampang
    4. Pandan Indah
    5. MPAJ

     

Lampiran

Tiada Lampiran.