Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

223) JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR (JPBD)

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri akan mengkaji semula Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor bersesuaian dengan pembangunan Negeri seperti Perimeter Planting selebar 10 kaki di sekeliling bangunan yang perlu dikaji semula.

    • Perimeter Planting
    • Perimeter Planting ialah jaluran tanaman di sekeliling tapak
    • Merujuk kepada Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (Edisi Kedua), hanya sebahagian komponen pembangunan yang perlu menyediakan perimeter planting iaitu:-
    • Perumahan –          Pangsapuri, Perumahan Berstrata.
    ·         Perniagaan      –          Pangsapuri Perkhidmatan, SOHO, Kompleks Perniagaan, Stesen Minyak, Bazar
    1. Perindustrian –Semua Jenis Perindustrian
    2. Tujuan perimeter planting adalah untuk mewujudkan keseimbangan di antara struktur bangunan yang kejur dengan alam
    3. Sehingga kini, Negeri Selangor masih menggunapakai piawaian 10 kaki perimeter planting bagi kawasan
    4. Kerajaan Negeri Selangor di bawah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor sedang melaksanakan kajian untuk meminda Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor (Edisi Kedua) yang mana, piawaian berkaitan perimeter planting ini turut terlibat dalam kajian pindaan ini.
  2. Berdasarkan keadaan status pasaran harga tanah di negeri Selangor, adakah masih sesuai dikekalkan syarat lorong belakang perumahan seluas 15 kaki.

    Berdasarkan keadaan status pasaran harga tanah di negeri Selangor, adakah masih sesuai dikekalkan syarat lorong belakang perumahan seluas 15

    1. Penyediaan lorong belakang berdasarkan keperluan perundangan dan kawalan perancangan.
    2. Undang-undang sedia ada telah memperuntukkan keperluan penyediaan lorong belakang seperti berikut:-
    3. Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133)
    4. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) 1984
    5. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
    • Penyediaan lorong belakang juga berdasarkan keperluan pihak berkuasa; Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta
    1. Tujuan utama penyediaan lorong belakang adalah untuk bertindak sebagai:-
    a.      Tujuan Keselamatan
    1. Pencegahan kebakaran (langkau api)
    2. Ruang Operasi Bomba
    3. Laluan kecemasan (escape route)

     

    b.      Tujuan Laluan Infrastruktur dan Utiliti
    1. Laluan servis (talian telefon)
    2. Laluan pembentungan
    3. Perparitan dan Saliran
    4. Sebahagian sistem sirkulasi lalulintas
    c.      Tujuan Perkhidmatan dan Penyelenggaraan
    1. Laluan pungutan sampah di sebahagian kawasan perumahan
    2. Penyelenggaraan perkhidmatan pembentungan, parit dan lain- lain
    d.      Tujuan Keselesaan dan Kesihatan
    1. Memastikan ruang mencukupi bagi memastikan hak kesendirian (privacy) pemilik di antara deretan premis-premis
    2. Ruang mencukupi untuk pengcahayaan dan
    3. Laluan pejalan kaki bagi
    4. Sehingga kini, Negeri Selangor masih mengekalkan piawaian 15 kaki lorong belakang bagi kawasan
  3. Percanggahan syarat pihak TNB yang mahukan rumah TNB dibina di tepi pagar, tetapi pihak OSC MBSA yang mensyaratkan rumah TNB mesti dibina bergabung dengan bangunan komersial amat mengelirukan. Huraikan.

    Tiada percanggahan dalam keperluan dan garis panduan ini sebagaimana diperuntukkan di dalam Manual Garis panduan Piawaian Perancangan Negeri Selangor Edisi 2 yang telah diluluskan dan diperakukan pemakaiannya di seluruh negeri Selangor yang menetapkan bahawa tiada sebarang pembinaan bangunan dibenarkan di dalam kawasan anjakan bangunan kecuali pondok pengawal. Masalah yang timbul apabila pembangunan yang berbentuk `free standing building’ dikemukakan untuk kelulusan Majlis dan pembinaan bangunan TNB ini diletakkan di dalam kawasan anjakan bangunan dengan laluan keluar masuk yang khas tetapi pemilikan tanah masih lagi di bawah hakmilik yang asal. Majlis telah menetapkan bahawa pembinaan sebarang struktur tersebut hendaklah tidak dibina di dalam kawasan anjakan bangunan dan bukannya disyaratkan untuk digabungkan dengan bangunan

    Pindaan dasar dan keperluan yang dibuat oleh TNB tidak pernah dirujuk kepada Majlis atau Jawatankuasa Perancangan Negeri yang melibatkan pindaan kepada Manual Garis panduan sedia ada yang telah diluluskan pemakaiannya di MMKN ke 39/2010 pada 27hb. Oktober 2010 dan disahkan di MMKN ke 40/2010 pada 3hb. November 2010.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.