Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

122) JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN SABAK BERNAM (JPS)

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukkan yang diterima oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk projek menambak ban sungai dan benting laut?

    Peruntukan yang diterima oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk Projek Menambak Ban Sungai dan Benteng Laut adalah seperti berikut:

     

    1. RM1,700,000.00 dari peruntukan Negeri Selangor bagi kerja-kerja kecemasan untuk Fenomena Air Pasang Besar di bawah peruntukan negeri
    2. RM800,000.00 dari peruntukan Persekutuan digunakan untuk menaiktaraf benteng pantai.
    3. RM120,000.00 dari peruntukan Mengurus negeri untuk menyelenggara benteng-benteng pantai
  2. Apakah tindakan JPS terhadap ban sungai dan benting laut yang rebak dan berapakah kos nya?

    Bagi pelan Jangka Panjang, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (JPS) telah mengeluarkan tender di Pantai Blok 1, Blok 2 dan Coastel Belt.

    Kawalan Hakisan dan Memperkukuhkan Benteng Pantai Blok 1, Blok 2 dan Coastal Belt Daerah Sabak bernam – Fasa 1 – (Kos Siling RMK 11 RM3.5 juta)

    1. Kos Siling : RM 3,500,000.00 untuk RMK 11
    2. Tarikh Tutup Iklan : 30 September 2016
    3. Tarikh Mula Projek : November 2016
    4. Kos Sebenar : RM 14,000,000.00 untuk 5km benteng pantai Sg. Lang dan benteng Sg. Apong
    5. Skop Projek :
    6. Benteng Pantai akan ditinggikan
    7. Menahan hakisan ombak dengan membina rock revetment
    8. Rekabentuk dibuat oleh perunding Rancangan Tebatan Banjir Sabak Bernam – (Kos Siling RMK 11 RM12 juta)Sedang dalam peringkat kajian perunding dan dijangka siap pada akhir tahun
  3. Berapakah peruntukkan tahun 2016 yang telah dibelanjakan dan bilakah perlaksanaannya?

    Peruntukan 2016 keseluruhan bagi Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Sabak Bernam adalah RM6,270,000.00

    Peruntukan Mengurus

    Tanggungan :RM321,590.00

    Perbelanjaan : RM4,345,271.65

    Peruntukan Pembangunan

    Peruntukan Pembangunan Negeri : RM2,280,554.00

    Peruntukan Pembangunan Persekutuan : RM2,321,983.60

    Peruntukan ini digunakan di antara Januari 2016 hingga Oktober 2016

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.