Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

201) JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR (JPS)

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan projek dibawah JPS yang gagal dilaksanakan dan faktornya

    Terdapat 3 projek gugur dalam RMK-11 yang telah diluluskan dalam MTES melaui surat ruj:.(25)dlm.MMK.SEL.(R)31001/5/50(28) bertarikh 7 Jun 201

    Projek-projek yang terlibat adalah seperti berikut:

    • Projek Menaiktaraf Kolam Takungan KTMB Batu Tiga (05101)
    • Pembinaan kolam tidak mendapat kerjasama dari pihak KTMB.
    • Projek Membina Kolam Takungan di Taman di Desa Baiduri (05501)
    • Butiran projek bertindih dengan butiran 05503.
    • Projek Menaiktaraf Kolam Takungan Banjir di Desa Baiduri (05003)

    Hasil kajian yang dibuat oleh pihak perunding mendapati aras tapak yang dicadangkan adalah tinggi dari aras sungai. Selain itu, kos pengambilan balik tanah yang tinggi juga menyebabkan projek ini tidak dapat dilaksanakan.

  2. Nyatakan secara terperinci pecahan peruntukan kepada JPS dalam bajet 2017

    Pecahan peruntukan kepada JPS dalam bajet 2017 adalah seperti berikut:

     

    Mengurus B13  –  RM117,383,018.00

    Pembangunan P13  –  RM135,000,000.00

    Caruman Parit – RM5,986,298.15 (Kutipan 2017 sehingga Mei)

    RM9,122,114.72 (Baki sehingga Mei 2017)

Lampiran

Tiada Lampiran.