Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

62) JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapa projek Sungai Penchala (dekat SS2 Mall) terlalu lambat belum diselesaikan?

    Kegagalan struktur yang disebabkan oleh keadaan tanah yang lembut dan keruntuhan di Pangsapuri Blok C dan D, Damansara Bistari serta pergerakan tanah pada wall di SSTWO Mall telah memburukkan keadaan sehingga membawa kepada lanjutan masa 1. Projek ini kini dalam tempoh lanjutan masa ke-2 dan dijangka tamat pada September 2015 di mana rekabentuk baru terhadap struktur wall di SSTWO Mall sediada memerlukan semakan lanjut daripada pihak Bahagian Rekabentuk Dan Empangan, JPS

  2. Mengapa projek Sungai Kayu Ara untuk mengatasi masalah banjir Kampung Chempaka (Jln PJU1/4) tidak dimulakan lagi?

    Peruntukan dalam RMK-10 hanya melibatkan rekabentuk terperinci manakala peruntukan bagi kerja-kerja pembinaan sebanyak RM19.5 juta telah dipohon dalam RMK-11 bagi Sungai Kayu

  3. Mengapakah JPS Selangor tidak mengambil tindakan segera untuk (a) dan (b)?

    JPS telah mengambil tindakan untuk menyegerakan penyelesaian masalah ini dengan mengikut kepada setiap prosedur yang telah ditetapkan khususnya yang melibatkan perubahan kerja di mana terdapat penglibatan daripada jawatankuasa tertentu dan keperluan bagi ulasan dan pandangan teknikal. Ini adalah kerana kerja-kerja pembaikan L-Unit di SSTWO Mall merupakan kerja tambahan kepada skop kontrak asal. Selain itu, pihak JPS Negeri Selangor turut mendapatkan pandangan teknikal dan nasihat berhubung rekabentuk dan kaedah kerja daripada pihak Bahagian Rekabentuk Dan Empangan, JPS Malaysia bagi kerja pembaikan

Lampiran

Tiada Lampiran.