Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

255) JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah JPS telah memastikan parit yang dicuci oleh JKKK ditebas atau diracun sebelum pembayaran dilakukan?

    Ya, Kerajaan Negeri melalui JPS Negeri Selangor sentiasa memastikan parit yang ditebas dan dicuci mengikut garis panduan kerja-kerja tebasan yang telah ditetapkan sebelum proses pembayaran dilakukan.

  2. Berapakah kadar bayaran setiap parit yang telah dicuci?

    Kadar bayaran kepada JKKK adalah bergantung kepada jumlah panjang parit yang ada di dalam kampung tersebut. Kadar adalah mengikut kelebaran parit seperti butiran tersebut :

    Bil Saiz Kelebaran Parit Kadar (RM)
    1 kurang 6 m RM 0.50/m
    2 6m hingga 9m RM 0.60/m
    3 9m hingga 12m RM 0.90/m
    4 12m hingga 15m RM 1.00/m
    5 lebih 15m RM 1.20/m

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.