Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
85) JABATAN KERJA RAYA SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status permohonan peruntukan untuk menaiktaraf persimpangan Rasa di Jalan Persekutuan FR01 dari Tanjung Malim ke Rawang yang sering berlaku kemalangan?
Projek ini telah dipohon dalam RMKe-11 di bawah peruntukan Kerajaan Negeri untuk menaiktaraf persimpangan tersebut.
-
Apakah cadangan JKR Selangor untuk membantu menyelesaikan kesesakan persimpangan Genting Highland di Jalan Persekutuan FR01 dari Tanjung Malim ke Rawang?
Jalan yang dimaksudkan adalah Jalan Persekutuan FT01. Projek ini telah dipohon dalam RMKe-11 di bawah peruntukan Kerajaan Persekutuan dan sedang menunggu kelulusan.