Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
146) JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR (JKR)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan secara terperinci prestasi perbelanjaan pembangunan JKR yang diumumkan dalam Bajet Selangor 2017.
Prestasi perbelanjaan pembangunan (P12) sehingga 20 Oktober 2017 adalah 41.79% bersamaan RM162,984,471.83 dari jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM390,000,000.00.
-
Sejauh manakah peruntukan ini dapat membantu JKR menyelesaikan masalah?
Peruntukan pembangunan ini sangat membantu pihak JKR dalam melaksanakan projek pembangunan infrastruktur di Selangor yang melibatkan agihan sepertimana berikut:
- Kerja membaikpulih cerun seluruh Selangor
- Membina jambatan dan jejantas
- Menaiktaraf lampun jalan dan lampu isyarat dan lampu jalan.
- Meningkatkan aspek keselamatan jalan.
- Pengambilan balik tanah
- Membina jalan baru
- Menaiktaraf jalan sedia ada.
- Membina dan menaiktaraf bangunan seluruh Selangor.