Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
8) JABATAN KERJA RAYA (JKR)
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peruntukan diberikan kepada JKR Negeri untuk menyelenggara lampu jalan di seluruh negeri pada tahun 2010?
Peruntukan yang telah diberi untuk menyelenggara lampu jalan kepada JKR Negeri pada tahun 2010 adalah sebanyak RM 1,964,960.39 .
-
Berapakah permohonan menambah lampu jalan bagi jalan negeri di Daerah Hulu Langat telah diluluskan pada tahun 2010 dan 2011 (sehingga bulan Jun)?
Tiada sebarang permohonan untuk menambah lampu jalan bagi jalan negeri di Daerah Hulu Langat yang telah diluluskan pada 2010 dan 2011 (sehingga bulan Jun).
-
Berapakah tunggakan bil elektrik bagi lampu jalan di semua jalan negeri dengan mengikut daerah?
Tunggakan bil elektrik bagi lampu jalan di semua jalan negeri mengikut daerah sehingga Mei 2011 adalah seperti berikut :
Daerah Jumlah Petaling RM 192,040.00 Klang RM 472,043.89 Kuala Selangor RM 25,583.68 Kuala Langat RM 129,270.05 Sabak Bernam RM 346.94 Sepang RM 158,824.23 Hulu Selangor RM 446,205.57 Hulu Langat RM 264,498.24 Gombak RM 155,818.90 JUMLAH RM 1,844,631.50