Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
153) JABATAN KERJA RAYA BAGI JALAN FT 54 KUALA SELANGOR DARI CALTEX SEHINGGA MASJID AL HUDA
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah JKR Petaling dapat mewujudkan pembahagi jalan bagi mengelakkan kemalangan akibat kenderaan yang keluar dari Jalan Baie dan yang sering membuat U Turn ?
Pembinaan pembahagi jalan tersebut akan dilaksanakan bersama dengan pakej menaiktaraf persimpangan empat Jalan Rahidin / Jalan Kuala Selangor
-
Bilakah simpang Rahidin dapat dijadikan sebagai simpang empat bagi tujuan pengguna ke Masjid Al Huda ?
JKR Daerah Petaling telah menyediakan reka bentuk dan anggaran kos, walau bagaimanapun terdapat kekangan pelaksanaan yang melibatkan setinggan di kawasan persimpangan. Sehingga kini pengguna masjid masih boleh menggunakan jalan masuk sedia ada ke Masjid.