Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
267) JABATAN KERJA RAYA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Lampu isyarat Simpang 3 Rasa masih tidak dibaik pulih. Apakah tindakan kerajaan seterusnya berkenaan dengan isu tersebut?
Sistem lampu isyarat tersebut berfungsi dengan mode amber atas arahan Jurutera Daerah bagi mengatasi kesesakan lalulintas kenderaan yang banyak pada waktu puncak. Pihak JKR Selangor boleh pada bila-bila masa memulakan tugas peti kawalan setelah mendapat arahan terbaru daripada Jurutera Daerah.
JKR Selangor akan mengkaji dari masa ke semasa kesesuaian memulakan tugas peti kawalan setelah keadaan bersesuaian di tapak.
-
Apakah perancangan JKR dalam pembinaan lampu jalan di sepanjang Kolej Komuniti dari JRD Ulu Yam?
JKR Selangor akan membuat pemasangan sekiranya waran pemasangan lampu jalan memenuhi keperluan Arahan Teknik Jalan dan peruntukan diluluskan. Pembinaan lampu jalan di sepanjang Kolej Komuniti dari JRD Ulu Yam akan dimohon dalam pelaksanaan kerja tahun 2022.