Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
322) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SELANGOR (JAKESS)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jumlah bilangan kes yang berjaya diselesaikan dari 2012-2013 mengikut pecahan daerah?
Jumlah bilangan kes yang berjaya diselesaikan dari 2012-2013 mengikut pecahan daerah adalah seperti statistik yang berikut:
Mahkamah
Jenis Kes 2012 2013 Daftar Selesai Dalam Prosiding Daftar Selesai Dalam Prosiding Mahkamah Rayuan Syariah Selangor Jenayah 4 1 3 2 0 2 Mal 21 16 5 26 8 18 Mahkamah Tinggi Syariah Selangor Jenayah 67 62 5 111 97 14 Mal 1944 1854 90 2146 1910 236 MRS Daerah Gombak Barat
Jenayah 136 127 9 98 98 0 Mal 1202 1200 2 1382 1367 15 MRS Daerah Gombak Timur
Jenayah 78 72 6 83 66 17 Mal 859 843 16 848 819 29 MRS Daerah Hulu Langat
Jenayah 301 234 67 337 251 86 Mal 2612 2490 122 2689 2521 168 MRS Daerah Hulu Selangor
Jenayah 99 99 0 163 159 4 Mal 603 602 1 663 657 6 MRS Daerah Klang
Jenayah 196 108 88 448 354 94 Mal 1598 1573 25 1801 1783 18 MRS Daerah Kuala Langat
Jenayah 146 120 26 206 146 60 Mal 574 570 4 664 658 6 MRS Daerah Kuala Selangor
Jenayah 120 115 5 73 73 0 Mal 724 723 1 811 807 4 MRS Daerah Petaling Jaya
Jenayah 281 267 14 636 587 49 Mal 1525 1497 28 1921 1875 46 MRS Daerah Sabak Bernam
Jenayah 160 157 3 120 118 2 Mal 394 392 2 376 374 2 Mahkamah
Jenis Kes 2012 2013 Daftar Selesai Dalam Prosiding Daftar Selesai Dalam Prosiding MRS Daerah Sepang
Jenayah 78 78 0 85 82 3 Mal 463 462 1 547 546 1 MRS Daerah Shah Alam
Jenayah 305 152 153 547 330 217 Mal 1611 1484 127 1758 1671 87 JUMLAH KESELURUHAN 14090 13382 803 16284 15350 1184 -
Sila nyatakan apakah pendekatan khusus yang dilakukan untuk memperkasakan Institusi JAKESS?
Pendekatan yang telah dijalankan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) dalam memperkasakan institusi JAKESS terbahagi kepada beberapa aspek yang berikut:
ASPEK PERUNDANGAN
Membuat beberapa pindaan Enakmen Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) Tahun 2015 yang telah digazetkan pada 13 Mei 2015. Antara pindaan yang dibuat adalah –
menaiktaraf had bidangkuasa kes mal Mahkamah Rendah Syariah Selangor yang berkenaan dengan amaun atau nilai hal yang menjadi pertikaian yang didengar dari RM 100,000.00 kepada RM 300,000.00;
meminda syarat pelantikan Ketua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Tinggi;
Mewujudkan bidangkuasa semakan kehakiman; dan
Mewujudkan jawatan Timbalan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Timbalan-timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah
Menggubal Kaedah-Kaedah Hakam (Negeri Selangor) Tahun 2014 dan telah diwartakan pada 8 Mei 2014. Kaedah ini digubal bagi menyegerakan kes perceraian yang tidak mendapat persetujuan daripada salah satu pihak dalam perkahwinan tersebut dalam tempoh 3 bulan daripada sabitan perbalahan oleh Mahkamah.
ASPEK ORGANISASI
Menghantar Kertas Cadangan Pengukuhan Perjawatan Jabatan Kehakiman Syariah Selangor kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Negeri Selangor pada 8 Julai 2015 untuk dipanjangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam. Cadangan pengukuhan perjawatan tersebut meliputi permohonan menaik taraf 3 jawatan utama, menaik taraf 19
perjawatan, menaik taraf dan memindah butiran sebanyak 12 perjawatan dan mewujudkan 57 perjawatan baru.
Melantik seramai 60 orang pegawai dan kakitangan di bawah pembiayaaan Lembaga Zakat Selangor bagi mengatasi masalah peningkatan pendaftaran kes dan kes tertunggak yang semakin meningkat yang dihadapi oleh JAKESS. Walau bagaimanapun, jawatan tersebut akan berakhir pada 31 Oktober 2015 ini kerana pembiayaan oleh Lembaga Zakat Selangor ini hanya untuk tempoh 2 tahun sahaja. JAKESS sedang berusaha mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk meneruskan pelantikan ini berkuatkuasa pada 1 November
- Mewujudkan Mahkamah Rendah Syariah Ampang dan telah mula beroperasi mulai 16 Jun 2014 di Lot A 1210-A 1215, Level 12, Menara A, Persiaran MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur. Penubuhannya telah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor dan telah diwartakan sebagai Mahkamah Rendah Syariah Selangor berkuatkuasa pada
3 Jun 2014. Penubuhan Mahkamah Rendah Syariah Ampang ini adalah melibatkan pemecahan kawasan-kawasan yang sebelum ini berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan sebagai alternatif bagi mengurangkan jumlah pendaftaran dan tunggakkan kes di Mahkamah Rendah Syaraiah Hulu Langat yang merupakan sebuah Mahkamah Rendah Syariah yang menerima pendaftaran kes dan mempunyai tunggakan kes tertinggi di Selangor dan di Malaysia. Penubuhan Mahkamah Rendah Syariah Ampang ini juga dibiaya oleh Lembaga Zakat Selangor untuk tempoh 2 tahun sahaja dan akan berakhir pada 31 Oktober 2015. JAKESS sedang berusaha mendapatkan kelulusan daripada Kerajaan Negeri untuk meneruskan operasi mahkamah ini berkuatkuasa pada 1 November 2015.
ASPEK PERKHIDMATAN
Melancarkan proses kerja “Fast Track” iaitu mempercepatkan penyelesaian kes perceraian dengan persetujuan bersama di bawah seksyen 47 dari tempoh 90 hari kepada 6 jam. Proses kerja tersebut dilancarkan sebagai satu usaha penambahbaikan terhadap pengurusan kes cerai yang mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak agar dapat diselesaikan pada hari yang
JAKESS dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Langat dan Hulu Selangor telah melancarkan program Mobile Court. Pogram ini adalah sebagai satu langkah untuk memberikan perkhidmatan perundangan dan kehakiman Syariah terus kepada masyarakat Orang Asal
yang beragama Islam yang sangat takut untuk hadir ke Mahkamah Syariah bagi menyelesaikan kes mereka seperti kes yang melibatkan kes permohonan wali raja dan poligami. Melalui perkhidmatan tersebut, mahkamah telah turun di kampung mereka untuk membicarakan kes-kes yang berkaitan.
- Menjayakan program-program bersama orang awam dengan menyertai program Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) anjuran Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa & Kampung Tradisi yang diadakan di beberapa daerah di Negeri Selangor.
- Menggunakan media sosial sebagai pengantara antara JAKESS dan orang awam dengan menggunakan aplikasi Facebook, Instagram dan juga
Jumlah jawatan kosong yang masih belum diisi oleh JAKESS mengikut waran adalah sebanyak 11 kekosongan. Perincian kekosongan jawatan adalah seperti berikut:
BIL
JAWATAN
LOKASI
BIL KEKOSONGAN
1. Pegawai Syariah (Pegawai Sulh) LS 41
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam
3 2. Penolong Pegawai Syariah LS 38
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam
1 3. Penolong Pegawai Syariah LS 32 Mahkamah Rendah Syariah Klang
1 Mahkamah Rendah Syariah Petaling
1
4. Pembantu Syariah LS 26
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam
2 5. Penghantar Notis Gred N3 Mahkamah Rendah Syariah Sabak Bernam 1 Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat 1 Mahkamah Rendah Syariah Sepang 1 -
Sila nyatakan jumlah jawatan kosong yang masih belum diisi oleh JAKESS mengikut pecahan daerah?