Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
72) JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM)
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah permohonan bantuan bulanan yang ditolak di seluruh Negeri Selangor dan nyatakan mengapa begitu banyak permohonan tersebut ditolak?
Daripada 20,359 permohonan yang diterima sebanyak 2350 permohonan bantuan telah ditolak bagi tempoh dari bulan Januari hingga Disember 2008 untuk Negeri Selangor. Dan sebab-sebab yang menyebabkan permohonan tersebut ditolak adalah seperti berikut :
- Kes yang dirujuk tidak lengkap; terutama nama dan alamat kes yang dirujuk tidak dapat dikesan atau pemohon langsung tidak dikenali oleh penduduk kawasan sekitar.
- Permohonan bantuan ditolak sekiranya didapati pemohon tidak memenuhi syarat asas kelayakan, iaitu ; Warganegara Malaysia Pendapatan isi rumah tidak melebihi dari Paras Garis Kemiskinan(PGK) dan mereka yang tidak berkemampuan
-
Nyatakan jenis permohonan yang sering ditolak dan apakah kesilapan yang sering dilakukan semasa proses permohonan ?
Permohonan hanya akan ditolak selepas siasatan dijalankan dan hasil siasatan tersebut mendapati pemohon tidak layak untuk disyorkan manamana bantuan dari JKM.
-
Kenapa layanan kepada sokongan pejabat ADUN Kerajaan Negeri lembap berbanding layanan JKM kepada sokongan ADUN luar kerajaan negeri sedangkan semua pihak membantu rakyat?
Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 19 Februari 2009 telah menolak soalan ini.