Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

93) JABATAN AUDIT

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah setiap projek yang dijalankan oleh PBT haruslah diaudit oleh Jabatan Audit?

    1. Tidak semua projek yang dijalankan oleh PBT perlu diaudit oleh Jabatan Audit. Dalam konteks PBT, proses auditan dilaksanakan oleh Jabatan Audit Dalam . Pengauditan terhadap sesuatu projek akan dibuat mengikut kesesuaian dari segi perancangan audit tahunan yang telah disediakan oleh Jabatan Audit Dalam. Walau bagaimanapun, sekiranya ada keperluan seperti kes kelewatan, peningkatan kos, tidak mematuhi spesifikasi serta terdapat keperluan untuk menilai prestasi sesuatu projek, Jabatan Audit boleh menjalankan siasatan dan auditan ke atas projek-projek tersebut berdasarkan arahan daripada Datuk Bandar/Yang Dipertua ataupun daripada Jawatankuasa  Audit dan Pengurusan Korporat yang ditubuhkan di setiap
  2. Kalau projek tidak diaudit apakah tindakan yang boleh diambil untuk menghukum pegawai yang bertanggungjawab?

    1. Sekiranya berlaku sebarang kepincangan di dalam proses pelaksanaan sesuatu projek, pihak pengurusan PBT boleh mengarahkan Jabatan Audit Dalam untuk melaksanakan siasatan yang lebih terperinci terhadap masalah yang berlaku kepada projek yang berkenaan. Sekiranya siasatan Audit Dalam mendapati terdapat kepincangan dalam pelaksanaan sesuatu projek akibat daripada kelalaian pegawai yang bertanggungjawab, maka hukuman yang sewajarnya boleh diambil selaras dengan peraturan-peraturan semasa yang termaktub di dalam Arahan Perkhidmatan bagi Kakitangan

Lampiran

Tiada Lampiran.