Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
94) JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah projek perumahan asnaf di tapak PKPS akan bermula?
Untuk makluman, lawatan tapak bersama pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), LZS dan Pejabat Tanah dan Daerah Sabak Bernam telah diadakan bagi meninjau kawasan tanah tersebut. Perunding arkitek yang telah dilantik akan mengemukakan cadangan pembangunan untuk pertimbangan LZS. Di samping itu, LZS dalam proses mengumpulkan cadangan pembangunan dan projek ekonomi yang bersesuaian daripada pihak yang dikenal pasti sebelum langkah seterusnya dapat dilaksanakan.
-
Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon perumahan tersebut?
Syarat umum bagi memohon perumahan tersebut adalah pemohon mestilah asnaf fakir dan miskin yang berdaftar dengan LZS