Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

83) JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah polisi KNS berkaitan isu pewartaan tanah masjid, surau dan sekolah Agama yang perlu di wartakan? Sila Nyatakan.

    Untuk makluman YB, Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor yang bersidang pada 11 Oktober 1973 telah menetapkan dasar bahawa tapak keagamaan dan kemasyarakatan Islam seperti Masjid, Surau dan Madrasah dilupuskan secara perizaban di bawah seksyen 62 KTN dan diletakkan di bawah kawalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Selaras dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia (D.Y.M.M) Sultan Selangor dan berdasarkan cabutan daripada Keputusan MMKN yang diadakan pada 2 Januari 2008 (MMK ke 1/2008), cadangan pelaksanaan wakaf Irsod melalui pelupusan tanah secara pemberimilikan di bawah seksyen 76 KTN oleh Pihak Berkuasa Negeri Selangor kepada MAIS telah diluluskan. Berdasarkan surat YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 27 Ogos 2012 yang menyatakan titah D.Y.M.M Sultan Selangor agar tindakan serta merta diambil bagi memastikan dokumen hakmilik tanah dikeluarkan kepada MAIS bagi tapak keagamaan Islam yang ditentukan dalam pembangunan tanah berimilik setelah pelan susunatur diluluskan oleh Pihak Berkuasa

  2. Apakah proses serta tempoh pewartaan ini diambil?

    Tempoh untuk memproses pewartaan tanah rizab mengambil masa lebih kurang enam (6) bulan. Tempoh ini telah mengambil kira proses penyediaan Kertas Pertimbangan untuk kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, penyediaan Pelan Akui oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), penyediaan dokumen

    perisytiharan warta oleh Pegawai Undang-Undang dan proses untuk perisytiharan dalam Warta Kerajaan Negeri yang akan diuruskan oleh Percetakan Nasional Berhad (PNB).

    • Status terkini tapak-tapak Masjid dan Surau di dalam Dun Batu Tiga adalah seperti berikut:
    Jenis Tapak Warta Wakaf Irsod Dalam Proses *Lain-Lain
    Masjid 1 3 2 0
    Surau 3 0 27 9

     

    *Dalam kawasan JMB, Institusi Hakmilik.

  3. Sila nyatakan status terkini pewartaan keseluruhan tapak-tapak masjid dan surau di Dun Batu Tiga.

Lampiran

Tiada Lampiran.