Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
75) J.P.S
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Dalam usaha menangani isu banjir. apakah pelan jangka panjang dan jangka pendek yang diambil oleh J.P.S.
Di bawah RMK-10, sebanyak RM60.5 Juta diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi perlaksanaan pelan jangka panjang dalam usaha menangani isu banjir ini. Antaranya:
- Cadangan kolam takungan di setiap kawasan pembangunan baru dengan menggunakan kaedah Manual Saliran Mesra Alam bagi memastikan kapasiti aliran air yang keluar adalah sama seperti kawasan hijau yang belum dibangunkan.
- Memperkenalkan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di 6 buah lembangan sungai di Selangor iaitu: Lembangan Sungai Buluh Lembangan Sungai Klang
- Lembangan Sungai Langat
- Lembangan Sungai Selangor
- Lembangan Sungai Bernam
- Lembangan Sungai Sepang
Manakala pelan jangka pendek pula adalah meliputi kerja-kerja penyelenggaraan secara berkala yang dilaksanakan sebanyak dua kali setahun merangkumi kerjakerja pembersihan dan desilting. Biasanya kerja-kerja penyelenggaraan ini akan dilaksanakan sebelum tibanya musim hujan.
-
apakah tindakan yang diambil ke atas kontraktor yang lewat jadual terhadap projek yang dilaksanakan
Langkah-langkah yang akan diambil ke atas kontraktor yang lewat jadual terhadap projek yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
- Mengeluarkan surat amaran kepada kontraktor bagi mana-mana kemajuan projek yang lewat jadual.
- Mengenakan LAD sekiranya kemajuan kerja pihak kontraktor masih lewat daripada jadual.
- Jabatan akan menjalankan kerja-kerja pemantauan yang lebih kerap dengan mengadakan mesyuarat tapak 2 kali seminggu
Maklumat Tambahan
Pelan jangka panjang yang dilaksanakan adalah menjurus kepada kaedah penyelesaian secara integrasi termasuk pengurusan sistem air ribut yang sempurna dan memelihara sistem sungai supaya berada dalam keadaan hidraulik yang berkesan untuk mengurangkan banjir. Pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran akan melantik Jurutera Perunding bagi melakukan kajian untuk mengatasi masalah banjir dan mengemukakan laporan hasil dari kajian bagi melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir.
Lembangan Sungai Buluh
- RTB di Sungai Buloh
- Lembangan Sungai Klang
- Menaiktaraf infrastruktur di sepanjang Lembangan Sungai Klang ii. RTB Sungai Air Hitam, Petaling
iii. Menaiktaraf system saliran di kawasan Selayang, Mukim Batu iv. RTB di Pandamaran, Pelabuhan Klang v. RTB di Pulau Indah, Klang vi. RTB Bukit Kapar Fasa 2 vii. RTB Sungai Seputeh, Mukim Ampang
- Lembangan Sungai Langat
- RTB Sungai Jeluh Fasa 2 ii. Menaiktaraf tebing Sungai Balak iii. RTB Sungai Sekamat iv. RTB Sungai Bangi
- RTB Sungai Sering
- RTB Pekan Sungai Jarom, Kuala Langat vii. RTB Pekan Sungai Pelek viii. RTB Pulau Meranti
- Lembangan Sungai Selangor
- RTB Sungai Kundang (Pekan Kundang ke Sungai Garing)
- Lembangan Sungai Bernam
- RTB Sungai Bernam
- Lembangan Sungai Sepang
- RTB Sungai Sepang Besar
Diantara kerja-kerja yang terlibat di bawah Rancangan Tebatan Banjir ini adalah meliputi kerja-kerja:
- Menaiktaraf sungai sediada
- Menaiktaraf jambatan dan lintasan
- Mempertingkatkan keupayaan dan membina perlindungan tebing sungai
- Mempertingkatkan sistem saliran dalaman
- Membina rumah pam
- Pemulihan kolam sediada
- Mempertingkatkan infrastruktur saliran sediada
- Sistem Ramalan dan Amaran Banjir
Bil Lembangan Siling Peruntukan RMK-10 1. Lembangan Sungai Buloh RM 8,500,00.00 2. Lembangan Sungai Klang RM 28,750,000.00 3. Lembangan Sungai Langat RM 18,800,000.00 4. Lembangan sungai Selangor RM 3,900,000.00 5. Lembangan Sungai Bernam RM 200,000.00 6. Lembangan Sungai Sepang RM 450,000.00 JUMLAH RM 60,500,000.00