Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

58) J.K.R

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Dalam mencantikkan jalan-jalan di negeri Selangor khususnya jalan negeri dan PBT telah pun dilaksanakan dengan jayanya, mendukacitakan terdapat jalanjalan persekutuan yang tidak memuaskan. kenapakah ini terjadi.

    Pihak JKR sentiasa komited dalam memastikan penyelenggaraan jalan-jalan Persekutuan dilaksanakan dengan baik. Beberapa penambahbaikan telah dibuat bagi meningkatkan mutu penyelenggaraan jalan bermula bulan Ogos 2012. Antaranya ialah:-

    • Kekerapan mencuci longkang telah ditingkatkan daripada 4 kali setahun kepada 6 kali setahun.
    • Keluasan tampalan potholes di dalam kontrak penyelenggaraan Jalan Persekutuan telah digandakan berbanding keluasan asal.

    Di samping itu, JKR akan mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kerja Raya untuk meningkatkan kekerapan pemotongan rumput selaras dengan kekerapan yang dilaksanakan oleh PBT. Pada Oktober 2012, JKR juga telah memohon supaya kerja-kerja pembersihan jalan menggunakan Road Sweeper di laksanakan di Jalan Persekutuan dalam pekan-pekan utama.

Lampiran

Tiada Lampiran.