Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
195) ISYTIHAR HARTA
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Y.A.B Menteri Besar dan barisan EXCO telah mengisytiharkan harta mereka?
Ya, saya dan semua barisan EXCO kerajaan negeri Selangor sudah pun membuat pengisytiharan harta. Maklumat-maklumat tersebut akan kita muat turun secara online bermula Isnin, 1 Julai 2013.
-
Apakah langkah kerajaan negeri Selangor untuk memastikan EXCO tidak menyeleweng?
Selama ini kerajaan negeri Pakatan Rakyat sentiasa mengutamakan ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan dan pentadbiran negeri. Semua projek kerajaan negeri pada setiap standco perlu dilakukan secara tender terbuka atau sebut harga. Dengan cara ini bukan sahaja kita dapat elak rasuah dan pegawai kerajaan tidak menyeleweng malah kita pastikan rakyat dapat nilai sebenar wang (value for money).
Bahkan kita sentiasa bekerjasama dengan SPRM dan pihak polis sendiri untuk memastikan tatakelola yang baik ini berterusan. Kerajaan negeri juga berhasrat untuk menjalin hubungan kerja yang erat dengan pihak Transparency International (TI) dalam usaha menambahbaik proses pengisytiharan harta yang telah diusahakan sebelum ini.
Selain daripada itu, sejak awal Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan atau SELCAT telah ditubuhkan. Tujuan SELCAT antara lain adalah untuk mengesan sebarang penyelewengan kerajaan pada masa dahulu dan masa kini. Tiada seorang pun, termasuk ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) terkecuali dari disiasat oleh SELCAT.