Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
58) ISU YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah sumbangan dan pencapaian Yayasan Selangor dalam tempoh dua tahun Pakatan Rakyat memerintah ?
Yayasan Selangor sentiasa mendukung dan memberikan sumbangan kepada aktiviti
pendidikan Kerajaan Negeri Selangor. Antara sumbangan yang telah diberikan adalah:-(i) Sumbangan pendidikan dan bantuan kewangan untuk anak-anak Selangor dari
golongan berpendapatan rendah (Rancangan Khas Pendidikan KPM-YS).
Pengambilan seramai 1500 orang pelajar)
(ii) Sumbangan ke arah pembentukan sahsiah generasi cemerlang dunia dan akhirat
(kerjasama JAIS-YS). Menaja enam buah sekolah Menengah Agama Selangor
sebagai projek perintis. Sekolah-sekolah tersebut adalah :
SAMT Sultan Abdul Aziz Shah, Sabak Bernam
SAMT Sultan Hishamudin, Kota Raja, Klang
SAMT Tengku Ampuan Jamaah, Shah Alam
SAM Bestari, Subang Jaya
SAM Hishamuddin, Jalan Sungai Bertik, Klang
SAM Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang
(iii) Menaja sekolah-sekolah luar Bandar/pinggir Bandar dalam program Sekolah
Sahabat Unisel 2010 (kerjasama UNISEL-JPNSDE) sebanyak RM12,000 untuk
4 buah sekolah SMK Taman Tasik, H. Langat, SMK Sungai Rawang, Sepang,
SMK Kalumpang, H. Selangor dan SMK Sg. Kertas, Gombak.
(Objektif – memotivasikan pelajar-pelajar yang berpotensi cemerlang untuk
terus meningkatkan prestasi akademik dan seterusnya meneruskan
pengajian ke IPT)(iv) Menaja dan menyokong Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan
Insan dalam program:
Program Generasi Idaman Selangor (GEMS) pada (16-18 Jun 2010)
Tajaan 100 orang remaja dari Flat Sri Perantau
Program SPIES (2- 4 Julai 2010)
Tajaan 100 orang belia India dari seluruh Selangor
Tajaan meliputi pengangkutan, makan/minum, penginapan dan kos
jurulatih/fasilitator.
Menyokong dan menaja Program Hari Ilmu pada 26 Jun 2010. Penyertaan
1310 orang (pengangkutan, makan/minum, t-shirt)
(v) Dalam tempoh 2 tahun ini Yayasan Selangor juga telah berupaya menyumbang
dari segi kewangan bagi program-program di atas sebanyak RM 27,747,424.00 -
Apakah program Ð program pendidikan terbaru yang dilaksanakan oleh Yayasan Selangor untuk anak Ð anak Selangor
Program Pendidikan yang terbaru adalah menaja enam buah sekolah Menengah Agama
Selangor sebagai projek perintis. Sekolah-sekolah tersebut adalah :
SAMT Sultan Abdul Aziz Shah, Sabak Bernam
SAMT Sultan Hishamudin, Kota Raja, Klang
SAMT Tengku Ampuan Jamaah, Shah Alam
SAM Bestari, Subang Jaya
SAM Hishamuddin, Jalan Sungai Bertik, Klang
SAM Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang
Jumlah pelajar seramai 135 orang. Program dimulakan pada Mac 2009 -
Berapakah jumlah pelajar yang ditaja atau diberi pinjaman oleh Yayasan Selangor.
Seramai 1092 pelajar telah ditaja dan diberi pinjaman pelajaran oleh Yayasan Selangor
sepanjang tempoh pengajian mereka. Jumlah kewangan yang terlibat adalah
RM9,285,249.00 (sepanjang tempoh pengajian hingga tamat).