Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
43) ISU YANG BELUM DISELESAIKAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan usaha-usaha yang diambil oleh pihak COB dalam mengatasi masalah JMB/MC yang tidak efisien, seperti tidak membuat mesyuarat agung dan menghantar penyata kewangan?
Seksyen 21 dan 59 Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) memperuntukkan kuasa dan tanggungjawab JMB/ MC untuk menyenggara dan mengurus bangunan atau tanah yang dipecah bahagi. Peruntukan mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung luar biasa dinyatakan dalam perenggan 10 dan 11 Jadual Kedua Akta 757, namun kesalahan kerana kegagalan mengadakan mesyuarat agung tidak dinyatakan dengan jelas di dalam Akta melainkan diperuntukkan apa-apa mesyuarat agung tahunan yang diadakan di luar masa dengan melanggar perenggan ini tidak menjejaskan kesahan mesyuarat agung tahunan itu. Manakala seksyen 26 dan seksyen 62 Akta 757 memperuntukkan kegagalan menghantar laporan kewangan beraudit adalah suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM250,000.00 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Untuk mengatasi permasalahan yang timbul daripada kegagalan JMB/ MC bagi dua isu di atas, pihak Pesuruhjaya Bangunan PBT mengambil tindakan inisiatif seperti berikut:
- Mengeluarkan notis peringatan
- .Mengeluarkan notis peringatan
- Membuat perbincangan untuk mengetahui punca-punca permasalahan yang timbul dan menyediakan pelan penyelesaian
- Melantik seseorang untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat agung luar biasa
-
Berapa kes sebegini, nyatakan setiap PBT
Sila rujuk Lampiran A.
MESYUARAT AGUNG DAN PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN 2016 – FEB 2017.
LAMPIRAN A
BIL. PBT MESYUARAT AGUNG PENYATA KEWANGAN NOTIS 1 (JUMLAH KAWASAN) NOTIS 2 (JUMLAH
KAWASAN)
PERBINCANGAN PENYELESAIAN
(JUMLAH KAWASAN)
MELANTIK SESEORANG @
EJEN (JUMLAH KAWASAN)
TRIBUNAL (JUMLAH
KAWASAN)
NOTIS 1 (JUMLAH
KAWASAN)
NOTIS 2 (JUMLAH
KAWASAN)
PERBINCANGAN PENYELESAIAN
(JUMLAH KAWASAN)
MELANTIK SESEORANG @
EJEN (JUMLAH KAWASAN)
1 MBSA Notis Arahan COB – 214 kwsn
1st AGM JMB/MC – 19/6 AGM JMB/MC – 44/7
EGM JMB/MC – 15/5
0 Mesyuarat Penyelarasan/Taklimat/ Dialog – 35 kali setahun
0 0 158 0 12 kali 0 2 MBPJ 46 2 8 7 0 44 0 0 0 3 MPK 139 139 12 1 – 139 139 12 1 4 MPAJ 36 0 11 11 0 7 1 41 0 5 MPSJ 6 MPS 177 5 22 0 0 177 34 26 0 7 MPKJ 40 25 16 12 0 36 28 10 0 8 MPSp 6 0 6 0 0 32 0 0 0 9 MDKL 18 0 13 0 0 21 0 5 0 10 MDKS 17 0 0 0 0 16 0 6 0 11 MDHS 29 9 20 30 0 29 23 3 30 12 MDSB 2 0 0 0 0 3 3 1 0 -
Apa tempoh penyelesaian yang digunapakai bagi menyelesaikan satu-satu kes itu?
Tempoh penyelesaian adalah berbeza mengikut kes di mana notis arahan untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan atau menghantar penyata kewangan adalah dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja bagi satu-satu notis.