Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
89) ISU WARGA ASING YANG BERNIAGA DI HULU SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk memastikan peniaga warga asing di Batang Kali tidak berniaga semula selepas tindakan undang-undang diambil oleh PBT?
Jabatan Pelesenan akan mengeluarkan surat tunjuk sebab pembatalan lesen kepada pemilik lesen yang disyaki menyewakan lesen atau premis yang dioperasikan oleh warga asing. Lesen akan dibatalkan sekiranya pemilik gagal memberikan maklum balas yang munasabah dalam tempoh 14 hari. Selain itu, premis akan ditutup dan nama pemilik lesen akan disenarai hitam.
-
Berapakah jumlah warga asing yang berniaga di lot-lot kedai kawasan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, Hulu Selangor?
Jabatan Pelesenan MPHS telah menetapkan syarat bahawa warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan sahaja dibenarkan mendaftar dan memohon lesen perniagaan.