Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
13 Julai 2020 - 16 Julai 2020
278) ISU WARGA ASING DAN PELARIAN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri pernah melakukan bancian isi rumah warga asing di kawasan DUN Teratai?
Saya mengucapkan terima kasih kepada YB Tuan Lai Wai Chong yang mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, pelaksanaan banci adalah untuk mengumpul stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci sehingga ke peringkat geografi terkecil. Bancian penduduk yang dilaksanakan adalah meliputi warga Malaysia dan bukan warga tanpa mengira status pelarian atau Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah dilaksanakan sejak banci tahun 1970 lagi. Pada tahun Banci 2010, terdapat sebanyak 4,358 penduduk bukan Warga Negara bagi Dun Teratai. Maklumat warga asing yang terkini bagi Dun Teratai akan diterbitkan selepas Banci 2020.
-
Jika tidak, adakah perancangan melaksanakan bancian susulan lambakan warga asing yang tidak terkawal di Pandan Mewah, Tasek Permai dan Tasek Tambahan?
(a) dan (b) dijawab bersekali