Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

164) ISU UTAMA WANITA SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah isu utama wanita yang tinggal di bandar ?

    Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan memandang serius terhadap isu-isu dan permasalahan yang dihadapi oleh golongan wanita di Selangor tanpa mengira sama ada di bandar mahupun di

    Bagi golongan wanita di bandar yang kebanyakan mereka ini adalah terdiri daripada golongan wanita yang bekerjaya, permasalahan yang timbul adalah isu jurang gender yang terlampau tinggi baik di semua peringkat mahupun dari aspek pasaran buruh.

    Menangani isu gender amat penting kerana ianya mampu untuk menyelesaikan hampir seluruh permasalahan wanita yang dihadapi berkaitan sosial dan ekonomi.

    Penglibatan wanita dalam tenaga kerja di bandar semakin meningkat iaitu sebanyak 14 peratus pada tahun 2008 kepada 68 peratus pada tahun 2014. Jurang penyertaan tenaga buruh antara lelaki dan wanita yang berpendidikan tinggi juga adalah jauh lebih rendah daripada antara lelaki dan wanita yang mempunyai kelayakan pendidikan yang rendah.

    Golongan wanita yang berpendidikan tinggi juga lebih ramai berada di dalam pasaran tenaga kerja berbanding dengan golongan wanita yang mempunyai kelayakan pendidikan yang lebih rendah.

    Kajian juga turut menunjukkan bahawa di peringkat membuat keputusan, ianya masih didominasi oleh golongan lelaki yang mencerminkan ketidakseimbangan gender yang luas.

    Selain daripada itu, permasalahan dalam mencapai keseimbangan antara kerja dan kehidupan dalam tenaga kerja adalah antara lain isu utama yang dihadapi oleh wanita di bandar.

     

  2. Apakah isu utama wanita kampung di Selangor?

    Manakala bagi golongan wanita kampung di Selangor, isu utama yang dikenalpasti adalah isu kemiskinan yang mana golongan wanita ini menghadapi masalah dalam pendapatan isi rumah dan ada di kalangan wanita ini menggalas tanggungjawab sebagai ketua

    Sebagai makluman, antara hasil dapatan perbincangan kumpulan bersama responden penyelidikan dalam menyediakan Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan (2017-2020) yang lalu telah menyenaraikan isu utama wanita seperti berikut:

    1. Berpendapatan rendah;
    2. Kemiskinan; dan
    3. Masalah sosial yang dihadapi oleh isi rumah yang diketuai oleh

     

  3. Bagaimanakah kerajaan mengatasi isu-isu tersebut?

    Menyedari permasalahan yang dihadapi oleh golongan wanita di Selangor ini, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor dan IWB Selangor dengan kerjasama pelbagai jabatan/agensi di Selangor telah menggariskan tiga langkah awal melalui pelaksanaan program-program dengan kumpulan sasar dan penerima manfaat yang telah dikenal pasti seperti berikut :

     

    1. Penubuhan Koperasi Wanita Negeri Selangor yang akan dianggotai dan diterajui oleh wanita, yang merintis laluan kepada perniagaan berteraskan masyarakat, dipacu dengan prinsip dan dimiliki oleh ahli;

     

    1. Dalam masa yang sama, satu kajian penyelidikan akan dilaksanakan berhubung gender dan jurang pemilikan aset dan cara-cara untuk pengagihan sumber ekonomi antara lelaki dan wanita dengan adil; dan

     

    1. Menambah baik serta meningkatkan kebajikan sosial dan skim pemindahan terus (direct-transfer schemes) sedia ada yang akan diberikan kepada wanita dengan isi rumah berpendapatan

Lampiran

Tiada Lampiran.