Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

10) ISU TRAFIK DI KUALA SELANGOR

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kenderaan yang melalui Jalan FT01 di Bandar Baru Kuala Selangor pada hujung minggu berbanding hari biasa?

    Jalan Persekutuan yang menghubungkan Bandar Baru Kuala Selangor adalah Jalan Persekutuan FT05. Tiada sebarang Kajian Trafik khusus yang dilaksanakan di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, berpandukan kepada Road Traffic Volume Malaysia (RTVM) Tahun 2021, sebanyak 34,252 kenderaan yang melalui jalan tersebut dalam tempoh 16 jam kajian dilaksanakan.

  2. Apakah langkah kerajaan untuk menangani isu kesesakan trafik lalu lintas di kawasan ini bagi jangka masa pendek dan panjang?

    Penyelesaian jangka pendek

    • Perlu mendapatkan kerjasama dengan pihak polis trafik bagi mengawal kesesakan lalu lintas tersebut.

    Penyelesaian jangka panjang

    • Pembinaan Lebuhraya Pantai Barat atau West Coast Expressway (WCE) yang bertindak sebagai Laluan Alternatif kepada Jalan Persekutuan FT05 dijangka dapat mengurangkan kesesakan di kawasan Bandar Baru Kuala Selangor.
    • Persimpangan kawasan persekitaran tersebut perlu dinaiktaraf dengan membina flyover/ mengurangkan persimpangan lampu isyarat dengan membina ‘U-turn’ ditempat yang bersesuaian.

Lampiran

Tiada Lampiran.