Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

79) ISU TRAFIK DI BANDAR KAJANG

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan negeri untuk menaiktaraf Jalan Cheras di Batu 14

    Jalan Cheras Bt. 14, Kajang, adalah jalan dibawah penyelenggaraan pihak JKR. Oleh yang demikian, perancangan naik taraf jalan tersebut boleh dimajukan kepada pihak

     

    Pihak Majlis telah mensyaratkan pemaju-pemaju pembangunan yang secara langsung terlibat menggunakan Jalan Kajang by pass untuk aliran trafik ke  Kuala Lumpur dan Seremban menanggung kos penyelesaian masalah tersebut. Pihak Majlis juga telah mengkoordinasikan mesyuarat bagi penyelesaian masalah lalulintas yang melibatkan aliran trafik keluar masuk ke Kajang ‘by pass’ dengan pemaju-pemaju yang terlibat, agensi teknikal dan perunding trafik. Berdasarkan mesyuarat tersebut, 1 cadangan penyelesaian telah dicadangkan iaitu cadangan persimpangan bertingkat untuk kenderaan membuat pusing balik (elavated u – turn) untuk dilaksanakan menggunakan sumbangan-sumbangan dari pemaju tersebut. Dalam masa terdekat ini, pihak Majlis akan mengadakan mesyuarat susulan untuk mengkaji semula cadangan penyelesaian tersebut.

  2. Apakah perancangan kerajaan melalui PBT untuk membina jejantas yang menghubungkan Prima Saujana ke Kajang Bypass menghala ke laluan Kuala Lumpur

     

    dan c)

     

    Pihak Majlis masih di peringkat perancangan untuk mengadakan ‘Park And Ride’/ parking berpusat di beberapa kawasan yang dikenalpasti dalam kawasan MPKj. Walau bagaimanapun ‘Park and Ride’ yang diperingkat pelaksanaanya terdapat dalam pembangunan projek MRT, dimana beberapa stesen MRT dalam proses pembinaan ‘Park and Ride’ dan tempat meletak kenderaan bertingkat.

  3. ) Minta kerajaan negeri jelaskan rancangan untuk membina tapak parkir 'Park And Ride' dengan akses yang mudah dan fasiliti mesra Orang Kurang Upaya (OKU)

Lampiran

Tiada Lampiran.