Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
263) ISU TEKANAN AIR RENDAH DI PULAU INDAH
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah projek yang sedang dirancang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan tekanan air yang rendah sekarang ini di kawasan Kampung Tradisi Pulau Indah yang mempunyai penduduk dianggarkan melebihi 25,000 orang?
Kawasan Pulau Indah mendapat bekalan daripada Kolam Terminal Bukit Lipat Kajang dan berada di penghujung sistem Kolam Terminal tersebut. Pada masa ini Kolam Terminal Bukit Lipat Kajang mendapat sumber bekalan daripada Loji Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3. Untuk menaikkan tekanan di kawasan agihan Kolam Terminal Bukit Lipat Kajang, beberapa projek untuk menambah sumber bekalan air ke kawasan tersebut sedang dilaksanakan iaitu:
(i) Cadangan Naik Taraf Rangkaian Paip Agihan Hiliran Bagi Sistem Langat 2 (Klang Bulk Transfer) dengan jangkaan siap pada Jun 2023
(ii) Projek Sistem Pengagihan Air Loji Labohan Dagang dengan jangkaan siap pada Disember 2022 dan
(iii) Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Rasau dan Paip Agihan dengan jangkaan siap pada 30 Jun 2025
-
Sekiranya ada, bilakah projek tersebut dapat disiapkan?
Jawapan seperti di Sub Soalan A