Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
351) ISU TEKANAN AIR RENDAH DAN KEKERAPAN BERLAKU KEBOCORAN AIR PADA PAIP LAMA MILIK AIR SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah data terperinci setiap paip lama milik Air Selangor yang ada di kawasan ADN Batang Kali mengikut jumlah panjang paip yang belum digantikan mengikut kawasan perumahan?
Setakat ini, terdapat sepanjang 826.43 km jajaran paip lama di 110 kawasan di DUN Batang Kali seperti berikut:
- Kurang daripada 20 tahun: 216.76 km
- Antara 21 tahun ke 40 tahun: 528.17 km
- Lebih daripada 40 tahun: 54.1 km
- Lain-lain: 27.41 km
Daripada jumlah ini, sepanjang 22.98 km paip lama telah digantikan di kawasan DUN Batang Kali seperti butiran berikut:
No. Nama Jalan / Kawasan Pakej Panjang Paip (km) 1 Kampung Genting Permai Batang Kali P10 3.10 2 Peringkat 3 Kg Sungai Buaya P10 3.71 3 Jalan Cemperaisari 1E, Bandar Sungai Buaya P18 0.22 4 Jalan ke Ulu Kalong, Kampung Ulu Kalong P18 1.50 5 Jalan Hulu Tamu, Kampung Orang Asli Ulu Tamu P18 2.52 6 Jalan Genting Permai Utama, Batang Kali P22 0.55 7 Jalan Kasturi Sari 2A, Sungai Buaya. P22 0.45 8 Jalan Cemperaisari 1C, Bandar Sungai Buaya P35 0.12 9 Jalan Kampung Orang Asli Bukit Manchong, Kampung Orang Asli Bukit Manchong P35 1.99 10 Jalan Ke Loji Sungai Buaya, Hulu Selangor P47A 1.38 11 Jalan Cemperaisari 1B, Cemperaisari (Bandar Sungai Buaya) P60 0.49 12 Jalan Dahlia 7, Bandar Bukit Beruntung P60 0.17 13 Jalan Besar KL-Ipoh, Ulu Yam P60 1.03 14 Jalan Besar KL-Ipoh, Serendah. P60 3.71 15 Jalan Telipot 1A/5 P64 0.14 16 Jalan Dahliasari 4 P64 0.26 17 Kampung Sungai Chik Tambahan P64 1.65 Jumlah Panjang Paip (km) 22.98 -
Apakah inisitaif Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan DUN Batang Kali khususnya di Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Bandar Sungai Buaya, jajaran Kampung Hulu Rening, Tamu Hill, Bandar Utama Batang Kali, Kampung dan Bandar Sungai Buaya dan kawasan Hulu Yam?
Air Selangor mengambil maklum masalah bekalan air yang dihadapi oleh penduduk di kawasan terlibat di DUN Batang Kali. Oleh yang demikian, bagi memastikan kelangsungan bekalan air di DUN Batang Kali bagi kawasan-kawasan tersebut, pihak Air Selangor telah mengambil tindakan awal dengan pelaksanaan zon pengurusan tekanan bagi mengawal tekanan berlebihan seterusnya mengawal jumlah kebocoran paip dan insiden paip pecah.
Program Penggantian Paip sedang dijalankan di sebahagian kawasan-kawasan tersebut. Antara kawasan-kawasan terlibat dengan kerja-kerja penggantian paip di DUN Batang Kali adalah di jajaran Jalan Ulu Yam Sungai Chik dan Kampung Sungai Chik Tambahan Batang Kali dengan jarak 1.8 km, yang telah siap pada Disember 2024.
Selain itu, beberapa inisiatif juga dilaksanakan untuk memastikan tekanan dan bekalan air mencukupi di kawasan-kawasan berikut, iaitu di:
- Bukit Beruntung:
- di Jalan Dahlia 7 – Program Penggantian Paip telah selesai dilaksanakan.
- di Jalan Semarak 3C – Program Penggantian Paip akan dilaksanakan pada Januari 2026 dan dijangka siap Januari 2027.
- Bukit Sentosa:
- Program Penggantian Paip di sepanjang 1.3 km di Jalan Telipot 1A/5 telah dilaksanakan pada 2023 dan telah siap pada awal tahun 2024.
- Program Penggantian Paip di sepanjang 1.04 km di Jalan Kemboja 4B, Jalan 4B/4, Jalan 4B/5 & Jalan 4B/6 telah diluluskan dan perlantikan kontraktor juga telah dilaksanakan. Kerja-kerja penggantian paip sedang dilaksanakan dan dijangka siap pada Jun 2025.
- Bagi kawasan Widuri, Kesumba dan Orkid, perumahan yang mempunyai beberapa blok bertingkat mendapat bekalan air dari sistem yang tidak sempurna. Ini berpunca daripada pihak pemaju yang tidak menyiapkan sistem tangki dan sistem pengepaman di kawasan tersebut. Sistem bekalan air ke Widuri, Kesumba dan Orkid telah disalurkan melalui pembekalan air sementara (Interim Water Supply). Penyelesaian jangka masa panjang adalah dengan penyediaan Rumah Pam dan Kolam Air serta serahan sistem bekalan air retikulasi oleh pihak Pemaju Talam Corporation bagi memastikan tekanan dan bekalan air mencukupi bagi penduduk setempat.
- Sungai Buaya:
- Program Penggantian Paip telah selesai dilaksanakan di Kampung Sungai Buaya, Jalan Besar Kampung Sungai Buaya, Jalan Cemperaisari 1B, Jalan Dahliasari 4 & Jalan Kasturisari 2A.
- di Jalan Cempakasari 1 – Program Penggantian Paip akan dilaksanakan pada tahun 2026 dan dijangka siap Januari 2026 dan dijangka siap Januari 2027.
- Bukit Beruntung:
-
Bilakah perancangan kerajaan Negeri untuk menggantikan paip-paip lama tersebut supaya NRW dapat dikurangkan di Batang Kali dan Hulu Selangor?
Air Selangor giat melaksanakan Program Penggantian Paip bagi mengggantikan jajaran paip lama bagi sistem bekalan semasa. Program tersebut melibatkan proses mengenal pasti jajaran paip yang kritikal mengikut kekerapan kes paip pecah dan paip bocor. Keutamaan akan diberikan kepada jajaran paip yang berada pada tahap kritikal bagi kerja-kerja penggantian paip dilaksanakan.
Bagi Program Penggantian Paip yang telah dibentangkan dan mendapat kelulusan pada 2024, Air Selangor telah melantik kontraktor dan menyenaraikan 35.6 km jajaran paip untuk kerja-kerja penggantian paip di Hulu Selangor, yang akan dilaksanakan bermula tahun ini.
Manakala, bagi Program Penggantian Paip 2025 di kawasan yang sama, secara keseluruhannya, sepanjang 24.9 km jajaran paip telah dikenal pasti untuk kerja-kerja penggantian dialankan di Hulu Selangor. Daripada jumlah tersebut, sepanjang 7.5 km paip adalah di DUN Batang Kali yang kini dalam fasa perancangan bagi pelaksanaan program ini.
Air Selangor sedang dan akan melaksanakan kerja-kerja penggantian paip di dalam kawasan DUN Batang Kali dan Wilayah Hulu Selangor secara berperingkat seperti berikut:
Pakej Nama Jalan / Kawasan Wilayah Air Selangor DUN Anggaran Panjang Paip (km) Status Terkini 100 Jalan Ulu Yam Bt 30 (Kampung Bt 30 – Perindustrian Bt 29), Jalan KL-Serendah Hulu Selangor Batang Kali 1.50 Dalam peringkat reka bentuk dan tender dijangka akan dianugerahkan pada Disember 2025 100 Jalan Serendah (Antara Gapi-Pinggiran Tasik Kiambang, Jalan KL-Serendah Hulu Selangor Batang Kali 2.90 Dalam peringkat reka bentuk dan tender dijangka akan dianugerahkan pada Disember 2025 100 Jalan Kemboja 4a/8, Bukit Sentosa Hulu Selangor Batang Kali 0.22 Dalam peringkat reka bentuk dan tender dijangka akan dianugerahkan pada Disember 2025 100 Jalan Kemboja 4c/9, Bukit Sentosa Hulu Selangor Batang Kali 0.16 Dalam peringkat reka bentuk dan tender dijangka akan dianugerahkan pada Disember 2025 100 Jalan Cempakasari 1, Cempakasari (Bdr Sungai Buaya) Hulu Selangor Batang Kali 0.15 Dalam peringkat reka bentuk dan tender dijangka akan dianugerahkan pada Disember 2025 100 Jalan Semarak 3c, Bdr Bkt Beruntung Hulu Selangor Batang Kali 0.25 Dalam peringkat reka bentuk dan tender dijangka akan dianugerahkan pada Disember 2025 100 Jalan Besar, Kampung Kalong Tengah Hulu Selangor Batang Kali 1.50 Dalam peringkat reka bentuk dan tender dijangka akan dianugerahkan pada Disember 2025 100 Jalan Mawar, Sungai Choh Hulu Selangor Batang Kali 0.85 Dalam peringkat reka bentuk dan tender dijangka akan dianugerahkan pada Disember 2025 100 Jalan KJ 1a/2, Taman Kundang Jaya Hulu Selangor Kuang 0.19 Dalam peringkat reka bentuk dan tender dijangka akan dianugerahkan pada Disember 2025 100 Kampung Baru Kundang Hulu Selangor Kuang 14.30 Dalam peringkat reka bentuk dan tender dijangka akan dianugerahkan pada Disember 2025 100 Lorong Setia 12, Kampung Setia Hulu Selangor Kuang 0.79 Dalam peringkat reka bentuk dan tender dijangka akan dianugerahkan pada Disember 2025 100 Jalan TP 7, Taman Tun Perak Hulu Selangor Rawang 0.15 Dalam peringkat reka bentuk dan tender dijangka akan dianugerahkan pada Disember 2025 100 Jalan Tun Teja 4, Taman Tun Teja Hulu Selangor Rawang 0.12 Dalam peringkat reka bentuk dan tender dijangka akan dianugerahkan pada Disember 2025 100 Jalan Tun Teja 6, Taman Tun Teja Hulu Selangor Rawang 0.10 Dalam peringkat reka bentuk dan tender dijangka akan dianugerahkan pada Disember 2025 100 Jalan Sri Hijau 6, Taman Sri Hijau Hulu Selangor Rawang 0.13 Dalam peringkat reka bentuk dan tender dijangka akan dianugerahkan pada Disember 2025 80 Jalan Kemboja 4B, 4B/4, 4B/5 & 4B/6, Bukit Sentosa Hulu Selangor Batang Kali 1.0 Kadar siap pada 27.94% dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2025 80 Jalan Selesa 1-4, Taman Selesa Hulu Selangor Kuala Kubu Baharu 0.5 Kadar siap pada 27.94% dan dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2025 80 Jalan Bendahara, Felda Sungai Tengi Hulu Selangor Hulu Bernam 2.8 Telah siap 80 Kampung Geriang, Kampung Hasan, Kampung Seri Geriang & Taman Indah, Ulu Bernam Hulu Selangor Hulu Bernam 5.3 Kadar siap pada 27.94% dan dijangka siap sepenuhnya pada September 2025 80 Jalan Kilang Papan, Taman Seri Asa Hulu Selangor Hulu Bernam 1.4 Kadar siap pada 27.94% dan dijangka siap pada September 2025 100 Jalan Sri Hijau 2, Taman Sri Hijau Hulu Selangor Rawang 0.29 Dalam peringkat reka bentuk dan tender dijangka akan dianugerahkan pada Disember 2025 100 Jalan Velox 7, Taman Velox Hulu Selangor Rawang 0.34 Dalam peringkat reka bentuk dan tender dijangka akan dianugerahkan pada Disember 2025 100 Jalan Bandar Rawang 8, Pusat Bandar Rawang Hulu Selangor Rawang 0.24 Dalam peringkat reka bentuk dan tender dijangka akan dianugerahkan pada Disember 2025 100 Jalan Pekan, Batu Arang Rawang Hulu Selangor Rawang 0.25 Dalam peringkat reka bentuk dan tender dijangka akan dianugerahkan pada Disember 2025 100 Jalan Aman, Kampung Melayu Batu 16 Hulu Selangor Taman Templer 0.41 Dalam peringkat reka bentuk dan tender dijangka akan dianugerahkan pada Disember 2025