Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
145) ISU TEKANAN AIR RENDAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah solusi kerajaan bagi menyelesaikan isu tekanan air rendah di Rawang Perdana 5 dan Rawang Putra?
Bagi menyelesaikan isu tekanan air rendah di Rawang Perdana 5 dan Rawang Putra, Air Selangor telah melaksanakan penyelesaian jangka pendek dengan perubahan sumber bekalan sementara di samping pemantauan yang berterusan. Tekanan air juga telah dinaikkan sebanyak 2mH (meter head) di kawasan-kawasan tersebut.
Bagi penyelesaian jangka panjang, Air Selangor sedang dalam perancangan membina paip pintasan melalui sumber bekalan air yang lebih mampan melalui Kolam Sedut Taman Rawang Perdana A. Kerja-kerja menaik taraf ini dijangka bermula pada pertengahan tahun 2025 dan siap pada penghujung Jun 2025.
-
Nyatakan perancangan penukaran paip baru di kawasan Parlimen Selayang.
Secara keseluruhan bagi Parlimen Selayang, daripada tahun 2019 sehingga kini, sejumlah 48 kawasan telah termasuk dalam perancangan dan kerja-kerja penggantian paip. Kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti berikut: