Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

210) ISU TAPAK SAMPAH HARAM

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa banyak tindakan yang telah dikenakan terhadap pengusaha sampah haram selepas dibangkitkan pada sidang dewan yang lepas?

    Jumlah keseluruhan tindakan yang diambil oleh PBT kepada pengusaha sampah haram di bawah Undang-undang Kecil – Pembuangan, Pemungutan, dan Pelupusan Sampah Sarap adalah sebanyak 281 notis kesalahan dan tindakan sitaan kenderaan sebanyak 220 sitaan. Pecahan mengikut PBT adalah:-

    BIL. PBT Notis Sitaan Kenderaan
    1. MPKj 98 71
    2. MPSp 54 54
    3. MDKL 35 19
    4. MPS 29 29
    BIL. PBT Notis Sitaan Kenderaan
    5. MPK 27 27
    6. MPSJ 14 2
    7. MBPJ 9 9
    8. MDKS 7 7
    9. MBSA 7 2
    10. MDHS 1
    11. MPAJ tiada tiada
    12. MDSB tiada tiada
      281 220

                            *Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai sebuah garis panduan yang jelas dan seragam di semua PBT?

    Kerajaan Negeri baru memperkenalkan sebuah Standard Operation Procedure (SOP) pada tahun ini iaitu melalui Arahan Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Selangor (PTGS) Bil.1/2019 SOP Tindakan Penguatkuasaan Secara Bersepadu Bagi Menangani Tapak Pelupusan Dan Pembuangan Sampah Haram Di Negeri Selangor. SOP ini adalah bagi menyeragamkan tindakan dan panduan kepada semua pegawai dan kakitangan unit atau bahagian penguatkuasaan di Pejabat Tanah Daerah (PTD) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas tapak pelupusan sampah haram.

  3. Apakah tindakan yang telah dikenakan terhadap mereka?

    Sama seperti di SUB (a)

Lampiran

Tiada Lampiran.