Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
188) ISU TAPAK KLINIK KESIHATAN DENGKIL YANG BARU BERSEBELAHAN DESA TIMAH LANGAT, DENGKIL
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mengapa Kerajaan Negeri masih belum mengambil tindakan kepada pengusaha kilang yang beroperasi di tapak tersebut?
(a) dan (b) bersekali
Untuk makluman YB Dengkil, tanah yang dimaksudkan telah diberimilik dan didaftarkan atas nama Persuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) pada 12 April 2013 melalui no. hakmilik PT48743, HS(D) 34951, Mukim Dengkil, Daerah Sepang seluas 1.974 hektar (4.8778 ekar). PDT Sepang telah dimaklumkan bahawa pemilik kilang tersebut (Chan Sam Meng) sedang mengadakan perbincangan bersama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pejabat Kesihatan Daerah Sepang untuk cadangan ‘land swapping’ dan ianya masih lagi belum dimuktamadkan. Sekiranya perbincangan ditamatkan, PDT Sepang akan memberikan kerjasama dengan pihak PTP sama ada bagi tujuan ‘land swapping’ ataupun tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965.
-
Bilakah tindakan segera boleh diambil?