Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

288) ISU TAPAK BALAI POLIS TAMAN PUTRA PERDANA

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah tapak cadangan pembinaan balai polis ini telah diserahkan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan?

    Tapak cadangan pembinaan balai polis ini masih belum diserahkan kepada Pesuruhjaya Tanah

  2. Apakah permasalahan yang dihadapi dan apakah jalan penyelesaian untuk mempercepat proses ini?

    Masalah yang dihadapi oleh Continental Height Sdn. Bhd. adalah masalah kewangan sehingga bayaran premium yang dikenakan tidak dijelaskan. Tapak bagi balai polis terletak dalam pembangunan di Blok E. Terdapat banyak Kaveat Persendirian dan Kaveat Pendaftar telah dimasukkan ke dalam hak milik. Sekiranya pihak syarikat dapat menyelesaikan masalah Kaveat tersebut, maka Pentadbiran ini akan mengemukakan Kertas Ringkasan untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor selanjutnya agar proses serahan bagi tapak balai polis dapat dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.