Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

57) ISU TANAH-TANAH GLC UNTUK TENDER RFP DIKENDALI OLEH PMC SWASTA

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah GLC Kerajaan Negeri tidak menggunakan pegawai-pegawai dan kepakaran sendiri, malah menerima perkhidmatan daripada PMC-PMC swasta dengan yuran yang tinggi?

    MBI

    Penglibatan pihak swasta sebagai konsultan untuk mengendalikan tender dalam pelbagai sektor adalah suata perkara lazim sebagai subject matter expert yang tidak mempunyai kepentingan, terutamanya untuk menjaga keadilan dan integriti proses tender dan juga memberi nasihat dan pandangan profesional dalam bidang masing-masing.

    Antaranya sebab-sebab tertentu pelantikan pihak tidak berkepentingan sebagai pengendali tender adalah untuk memastikan proses governans yang lebih ketat dimana konsultan akan melaksana dan memantau proses tender sebagai pihak yang tidak berkepentingan; memberi nasihat berkenaan strategi pasaran yang lebih tepat dan relevan bergantung kepada keadaan dan terma syarat yang unik kepada tanah-tanah tersebut; dan menyediakan laporan tender sebagai pihak penasihat bebas.

    PKNS

     PKNS tidak menggunakan perkhidmatan PMC swasta untuk urusan Tender / RFP bagi tanah-tanah pembangunan PKNS namun ianya disediakan dan dianalisis sendiri oleh pegawai-pegawai dalaman PKNS yang berpengalaman dan berkepakaran di dalam pelbagai bidang pengurusan seperti teknikal, kewangan dan pengurusan risiko.

Lampiran

Tiada Lampiran.