Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

1) ISU TANAH RUNTUH

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: INFRASTRUKTUR

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah tanah runtuh di kawasan bukit?

    Sebarang permohonan pembangunan bagi kelulusan kebenaran merancang yang melibatkan kawasan tinggi dan bercerun (Kelas 3 & 4), perlu melalui Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar(JTPKSAS) yang dipengerusikan oleh PLAN Malaysia @ Selangor. Pemakaian Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit & Tanah Tinggi Negeri Selangor antaranya dalam meletakkan syarat Zon Penampan (Buffer Zone) bertujuan mengurangkan risiko dan bahaya cerun runtuh terhadap sesuatu pembangunan yang hendak dilaksanakan serta impak terhadap kawasan sekitar.

    Selain itu, pemasangan Early Warning System (EWS) di beberapa lokasi kawasan cerun berisiko oleh pihak JKR, JMG dan PBT(MPAJ) adalah bertujuan memberi indikasi amaran awalan supaya persediaan dan tindakan susulan dengan segera dapat dilaksanakan dalam mengatasi masalah tanah runtuh.

  2. Apakah projek tebatan tanah runtuh yang sedang dilaksanakan?

    Diperingkat JKR Selangor, telah menerima kelulusan pelaksanaan pembaikan cerun (corrective work) di jalan JKR (Persekutuan & Negeri) seperti berikut:-

  3. Bagaimana kerajaan memantau kawasan berisiko tinggi terhadap tanah runtuh?

    Kerajaan sedang menyediakan Pelan Bahaya Risiko Cerun (PBRC) bagi jalan-jalan di bawah tanggungjawab JKR dan dijangka siap pada tahun 2025. Melalui PBRC kerajaan dapat mengenalpasti kawasan berisiko tinggi bagi tujuan tindakan pemantauan dan pembaikan

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.