Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

174) ISU TANAH PERKUBURAN RAUDHATUL ‘ALIYAH SAUJANA UTAMA (RASU), SUNGAI BULOH

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status semasa pengambilan tanah PPK Kuala Selangor bagi membina jalan keluar dan masuk ke RASU?

    JAIS akan memuktamadkan keluasan sebenar tanah PPK dengan melibatkan PDT Kuala Selangor, PPK Kuala Selangor dan PAID Kuala Selangor bagi melaksana proses mengambil alih tanah.

  2. Bilakah proses pengambilan tanah ini akan dimuktamadkan?

    Proses pengambilan tanah akan dibuat selepas selesai memuktamadkan keluasan tanah yang terlibat.

Lampiran

Tiada Lampiran.