Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
229) ISU TANAH KUBUR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Di DUN Seri Serdang oleh kerana kepadatan penduduk isu tanah kubur yang semakin berkurangan memerlukan tindakan oleh kerajaan. Apakah tindakan kerajaan bagi membantu menyelesaikan tanah kubur orang Islam yang semakin berkurangan?
Tanah Perkuburan Islam utama di kawasan Dun Seri Serdang ialah:
Bagi mengatasi kekurangan tersebut beberapa tapak kubur berhampiran akan digunakan bagi tujuan pengkebumian.
-
Penjelasan status pembinaan Masjid Lestari Putra.
JAIS akan memohon pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor untuk melaksanakan kerja penyiasatan tanah (S.I) dan kerja ukur (iaitu kerja-kerja awalan) pada tahun 2025. Oleh itu, kerja-kerja pembinaan dijangka akan dilaksanakan pada RMK Ke-13/ Rancangan Selangor Ke-2 (RS-2) sebagai projek sambungan, tertakluk kepada peruntukan yang akan disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada pihak JAIS.