Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
204) ISU TANAH KAMPUNG SRI TANJUNG
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini perkembangan penyerahan hak tanah kepada peneroka Kampung Sri Tanjung?
Kampung Sri Tanjung telah ditawarkan sebagai Tanah Rizab Melayu Ampar Tenang (No.Warta:518-97) pada tahun 1997 meliputi kawasan seluas 266 ekar dan telah dimohon bagi tujuan pertanian oleh para peneroka. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 17 Tahun 2017 pada 24 Mei 2017 telah meluluskan 45 permohonan. 37 hak milik telah didaftarkan manakala tujuh (7) di dalam proses penyediaan hak milik dan satu (1) dalam tempoh penyelesaian bayaran premium tanah dan lain-lain bayaran. Bagi peneroka bukan berbangsa Melayu, PDT Sepang dalam usaha untuk mengenal pasti tapak yang bersesuaian sebagai cadangan penempatan semula memandangkan tanah yang diteroka tersebut adalah berstatus Rizab Melayu.