Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

376) ISU TANAH DI HULU SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pemohonan tanah beserta dengan jumlah ekar di Kawasan Hulu Selangor mengikut Kawasan Ahli Dewan Negeri Batang Kali, Kuala Khubu, dan Hulu Bernam pada tahun 2021, 2022, 2023 dan 2024?

    Bagi jawapan soalan A mengikut pecahan DUN Batang Kali bagi tahun 2021 jumlah permohonan adalah sebanyak 10 permohonan dengan merangkumi keluasan 1.275 ekar. Bagi permohonan untuk tahun 2022 adalah sebanyak 21 permohonan dengan merangkumi keluasan 35.92 ekar. Bagi permohonan untuk tahun 2023 adalah sebanyak 5 permohonan dengan merangkumi keluasan 3.8607 ekar  dan bagi tahun 2024 tiada permohonan.

     

    Seterusnya bagi DUN Kuala Kubu Bharu, bagi tahun 2021 jumlah permohonan adalah sebanyak 3 permohonan merangkumi keluasan 0.394 ekar. Bagi permohonan bagi tahun 2022, adalah sebanyak 11 permohonan dengan merangkumi keluasan 3.706 ekar. Bagi permohonan bagi tahun 2023, adalah sebanyak 58 permohonan dengan merangkumi keluasan 8.8646 ekar  dan bagi tahun 2024, jumlah permohonan adalah sebanyak 2 permohonan yang merangkumi keluasan sebanyak 0.230 ekar.

     

    Seterusnya bagi DUN Hulu Bernam, bagi tahun 2021 jumlah permohonan adalah sebanyak 6 permohonan merangkumi keluasan 9 ekar. Bagi permohonan bagi tahun 2022, adalah sebanyak 17 permohonan dengan merangkumi keluasan 290.92 ekar. Bagi permohonan bagi tahun 2023, adalah sebanyak 44 permohonan dengan merangkumi keluasan 25.87 ekar  dan bagi tahun 2024, jumlah permohonan adalah sebanyak 11 permohonan yang merangkumi keluasan sebanyak 17.380 ekar.

     

    DUN TAHUN 2021 TAHUN 2022 TAHUN 2023 TAHUN 2024
    JUMLAH PERMOHONAN / KELUASAN JUMLAH PERMOHONAN / KELUASAN JUMLAH PERMOHONAN / KELUASAN JUMLAH PERMOHONAN / KELUASAN
    BATANG KALI 10 Permohonan 21 Permohonan 5 Permohonan 0
    1.275 Ekar 35.92 Ekar 3.8607 Ekar 0
    KUALA KUBU BHARU 3 Permohonan 11 Permohonan 58 Permohonan 2 permohonan
    0.394 Ekar 3.706 Ekar 8.8646Ekar 0.230 Ekar
    HULU BERNAM 6 permohonan 17 Permohonan 44 Permohonan 11 permohonan
    9 Ekar 290.92 Ekar 25.87 Ekar 17.380 Ekar
  2. Berapakah jumlah permohonan tanah yang telah diluluskan dan jumlah ekarnya sekali mengikut tahun 2021, 2022, 2023 dan 2024 di Kawasan Hulu Selangor?

    Seperti dilampiran B.