Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

48) ISU SUNGAI CEMUBUNG, KAMPUNG BAHAGIA BUKIT LAGONG

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapa projek menaiktaraf Sungai Cemubung Kampung Bahagia Bukit Lagong masih belum di mulakan sedangkan kini sudah masuk bulan Oktober 2016?

    Pada tahun ini, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (JPS) telah menerima peruntukan sebanyak RM 500 ribu sahaja. Peruntukan ini adalah untuk perbelanjaan lantikan perunding dan juruukur dimana lantikan telah di buat serta masih di fasa rekabentuk terperinci. Tender dijangka iklan pada bulan Januari

  2. Bilakah projek berkenaan akan di mulakan?

    Kerja-kerja fizikal akan dimulakan pada bulan Mac 2017 mengikut perancangan awalan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.