Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
176) ISU STATUS TANAH SEKOLAH AGAMA DAN SURAU DI KAWASAN BATANG KALI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif kerajaan dalam menyelesaikan isu status tanah Sekolah Agama dan Surau yang masih belum diselesaikan di kawasan Batang Kali pada tahun 2025?
Bagi menangani isu status tanah sekolah agama dan surau yang masih belum diwartakan, JAIS masih mengenal pasti dan telah membuat beberapa permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah untuk pewartaan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara 1965.
Setakat ini, beberapa buah sekolah rendah agama telah dikenal pasti dan sedang dalam proses pewartaan antaranya ialah SRA Melayu Rasa, SRA Batang Kali, SRA Hulu Rening, SRA Felda Sg Buaya, SRA Bandar Utama Batang Kali dan SRA Taman Bunga Raya.
Manakala surau yang masih dalam proses pewartaan ialah Surau Al-Jam’iyyah Taman Desa Kelisa, Surau Ar-Raudah Kampung Dato Harun, Surau An-Naim Taman Idaman, Surau Al-Makmur Taman Serendah Makmur, Surau Al-Mustaqim Desa Anggerik, Surau Hidayatul Mustaqim Taman Melati, Surau An Nur Mawarsari, Surau Al-Ikhwan Jalan Kembojasari, Surau Annsar Jalan Cempakasari, Surau Al-Hidayah Jalan Melur, Surau At-Taqwa Jalan Kenangasari, dan Surau Al-Ikhlas Jalan Melati Sari.
-
Berapakah anggaran masa yang diperlukan untuk menyelesaikan isu tersebut khususnya di Hulu Selangor?
Anggaran masa yang diperlukan bagi proses pewartaan tanah adalah selama 6 bulan. Bagaimanapun ada keadaan yang melewati tempoh 6 bulan jika wujud perkara atau isu berbangkit termasuk isu teknikal dan isu luar jangka semasa pengurusan pewartaan dibuat.