Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
309) ISU STATUS TANAH SEKOLAH AGAMA DAN SURAU
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah inisiatif kerajaan dalam menyelesaikan isu status tanah Sekolah Agama dan Surau yang belum diselesaikan di kawasan Batang Kali dan Hulu Selangor?
Mengikut rekod data tanah Unit Pembangunan, sebanyak 116 tapak Keagamaan Islam (Masjid / Surau / Sekolah / Kubur) telah diwartakan kepada JAIS dan 43 tapak lagi masih di dalam proses warta diperingkat Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor.
-
b) Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyelesaikan isu tersebut yang masih belum diselesaikan di Hulu Selangor?
Tempoh masa yang akan diambil bagi tapak-tapak yang belum selesai perwartaan, paling cepat dapat diselesaikan dalam tempoh 6 bulan dan bergantung kepada perkara-perkara terlibat dan isu-isu berkait ketika proses dijalankan.