Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
373) ISU SOSIAL DAN KEBAJIKAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Perincikan perancangan Kerajaan Negeri untuk memperluaskan program bantuan makanan kepada golongan miskin tegar di kawasan luar bandar khususnya di DUN Sungai Kandis?
Program bantuan makanan terus diperluaskan bagi membantu golongan miskin tegar, khususnya di kawasan luar bandar, melalui inisiatif manfaat BINGKAS. Program ini menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan untuk meringankan beban keluarga dalam membeli barangan keperluan asas seperti makanan, barangan harian, serta kelengkapan persekolahan bagi anak-anak.
Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, seramai lima Ketua Isi Rumah (KIR) daripada golongan miskin tegar telah disenaraikan sebagai penerima manfaat ini. Bantuan ini diharapkan dapat meningkatkan kesejahteraan mereka dengan memastikan keperluan asas sentiasa terjaga, sekali gus membantu meningkatkan taraf hidup serta kesejahteraan keluarga yang memerlukan.
Bagi memastikan golongan miskin tegar menerima manfaat secara menyeluruh, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Selangor), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) akan sentiasa memantau dan memperkasakan data penerima bantuan. Di peringkat DUN Sungai Kandis, pejabat ADUN berperanan sebagai pusat koordinasi utama bagi memastikan program bantuan makanan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif.